Nissan INVITATION: Jemputan Nissan

Nissan adalah pengeluar kereta yang skema. Sejarah produknya bosan dan tidak menyeronokkan. Masakan tidak, kebanyakan kereta yang dipasarkan tiada apa yang boleh dikongsi atau diceritakan kelebihannya, sekadar cemerlang menjalankan tugas sebagai sebuah kereta. Paling melucukan, tagline Grand Livina iaitu “Drives like a sedan, fits like an MPV”. Saya tidak faham apa yang cuba disampaikan kerana semestinyalah Grand Livina mempunyai karakter pemanduan seperti kereta sedan kerana sememangnya model itu adalah kereta sedan, cuma bezanya adalah bumbung yang labuh sampai ke belakang. Kereta seperti itu dikenali sebagai wagon. Kadang-kadang kenyataan yang terlalu jujur juga boleh membuatkan kita jadi keliru. Walau bagaimanapun, kenyataan di awal perenggan hanyalah generalisasi sahaja kerana keuntungan daripada model-model massa dijadikan duit pusing modal untuk kereta-kereta hebat di dalam sejarah produk Nissan. Buktinya terletak pada model-model seperti March SuperTurbo, Pulsar, SX, Silvia, Fairlady dan semestinya model paling ikonik iaitu Skyline.

Walau bagaimanapun, kekentalan sesebuah syarikat tidak teruji jika tidak menerima musibah dan pada tahun 1999 Nissan mengalami masalah kewangan dan menghampiri kebankrapan. Sudahnya mereka melalukan pakatan dengan Renault atau popular dikenali sebagai Renault-Nissan Alliance. Pakatan tersebut diikat dengan pertukaran saham iaitu Renault memegang 44.3% di dalam Nissan dan dikontrakan dengan saham Nissan di dalam Renault sebanyak 15%. Paling menarik ialah, bos baharu Nissan ialah Carlos Ghosn, rakyat Brazil berketurunan Arab Lubnan. Buat pertama kalinya dalam sejarah berpuluh tahun Nissan, bos besarnya adalah bukan seorang warga Jepun. Jika wujudnya ego di kalangan pekerja Nissan atau rakyat Jepun pada masa itu pasti ego tersebut akan tercalar teruk. Di bawah Carlos Ghosn dan pasukan pengurusannya, Nissan tampil dengan produk yang kemas dan kompetitif untuk bersaing dengan pengeluar kereta Jepun lain dan pada tahun 2011, Nissan mengalahkan Honda sebagai pengeluar kereta kedua terbesar selepas Toyota di Jepun. Produk-produk moden Nissan adalah seperti X-Trail, March, Sylphy, Teana, Juke dan World Car of the Year 2011 iaitu Leaf.

Terbaharu, Nissan akan memperkenalkan kepada umum model konsep INVITATION di Geneva pada Mac nanti. Model itu berada di dalam segmen B dan akan dipasarkan bersama dengan kereta bandar Micra dan crossover JUKE. INVITATION membawa konsep rekaan yang bertenaga, berinovasi, segar, dan keseronokan di dalam pasaran kenderaan massa. Bentuk aliran angin pada permukaan badannya tampak kemas dan mempunyai fungsi utama dalam aerodinamik. Sisi badannya mempunyai garisan berkarakter dan dinamakan sebagai ‘Squash Line’ yang menampakkannya sebagai rekaan dinamik dan hasil gabungan rekaan bentuk depan dan belakang mejadikan posisi INVITATION nampak meyakinkan. Pada bahagian interior pula, rekaannya lebih kepada praktikaliti dan moden dengan ciri-ciri teknologi pelbagai fungsi.

Menggabungkan teknologi termaju, plaform Nissan yang ringan dan badan yang aerodinamik merupakan ciri-ciri dalam mencapai kecekapan minyak dan emisi rendah. Nissan mensasarkan emisi yang sangat rendah untuk INVITATION iaitu di bawah 100g/km untuk varian paling tinggi dan kesemua varian lain layak untuk menggunakan lencana Pure Drive sebagai lambang kereta yang jimat minyak dan mesra alam sekitar. Walaupun model itu terletak di dalam kategori massa namun Nissan mendakwa bahawa bayi baharu mereka ini mempunyai pengendalian yang responsif serta mampu untuk bersaing dengan pesaing lain di dalam segmen yang sama.

Untuk ciri keselamatan pula, INVITATION mempunyai teknologi canggih untuk sebuah kereta segmen B. Nissan melengkapkannya dengan Around View Monitor (AVM) yang memudahkan kerja parkir secara selari dan mengundur selain daripada Nissan Safety Shield System yang sentiasa mengawasi keadaan sekeliling dan memastikan pemandu sedar apa yang berlaku disekeliling kereta.

“Nama yang diberikan kepada model konsep ini boleh difahami dengan mudah, ciri utama pada kereta kompak ini ialah ianya sentiasa mengalu-alukan (inviting).

“Ianya mengalu-alukan kerana rekaan luarannya dan interior yang luas dan selesa, rekaannya dipakej secara bijak di dalam ruang yang kompak. Ianya adalah jemputan Nissan kepada pelanggan di dalam segmen hatchback,” kata Francois Bancon, Timbalan Pengurus Besar, Strategi Produk dan Divisyen Perancangan Produk.

-Md Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 13/02/2012 at 8:37 AM
    • Reply

    nissan owh nissan…

  1. sunny extra apek tiller mmg gagah..

    • Han on 13/02/2012 at 10:21 AM
    • Reply

    entah kenapa, model ni sekali imbas nampak smart kalo nak banding model sedia ada Nissan.

    • Alteja on 13/02/2012 at 10:39 AM
    • Reply

    Aku suka… tapi, walaupun dah ketinggalan Zaman, Skyline GTR34 tetap jadi impian…

    • epi on 13/02/2012 at 12:30 PM
    • Reply

    baru nmpak design senonoh…nsib baek xmngarut…

    • hodiaz on 15/02/2012 at 8:36 PM
    • Reply

    Nissan sunny pun ok apa?…terbaik..

    • megatputrakuning12 on 16/02/2012 at 11:53 AM
    • Reply

    nissan mmg best giler…cuma aku heran tanchong motor ni…apsal model2 bru lmbt masuk???samelah dgn umw…kualiti spoil gler….

  2. Mungkinkan ini bakal mengganti Myvi gua?

    • smut_liar on 16/02/2012 at 11:30 PM
    • Reply

    masih lg mengharap…..
    kesian toll la ……

    • epul si lesen p on 30/03/2012 at 11:47 AM
    • Reply

    “Nak harapkan Evo & Subie memang takleh der. dorang dlm kategori Pokemon.” hahahaha….bro Goku Takashi Sorimachi, aku suke ayat ni…..

  3. Dulu aku minat pd jenama ni..itu duluuuuuu now tidak lg bro..sbbnya setelah aku pakai sylphy baru aku mcmmana ..asyik problem jer dari mende kecil smpi la ke kes besar..paling aku tak dapat maafkan ialah spare part takda…walaupun kat tanchong sendiri….aku harap tutup lah kompeni ni…..nasib baik ada renault..kalo tak dah jadi mcm datsun kompeni ni….sudahhhh,,,suruh dia melingkup..sblm tu aku nak pesan sape yg nak beli almera…kalo tak nak nyesal jgn la beli…kalo tak percaya tggu la mcm mana nanti.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.