Nissan GT-R 2011

Nissan GT-R 2011.04

Nissan GT-R adalah kereta yang begitu ikonik, dengan barisan kereta penumpang biasa seperti Sentra, Latio, Sylphy dan sebagainya amat bercanggah apabila Nissan boleh mengeluarkan model sehebat ini, atau mungkin sebagai projek lepas geram pereka dan jurutera mereka. Walaupun model seperti ini kabur dalam sifir pulangan pelaburan [ROI] tetapi ianya diperlukan syarikat automotif bagi menunjukkan kemampuan kejuruteraan mereka. Lagi pula input model ini akan diperturunkan kepada model jalanan biasa.

Sejak penampilan sulung pada Pameran Kereta Tokyo 2007, Nissan GT-R mempersonakan pemiliknya sebagai kereta berprestasi tinggi yang mesra pemandu. Kini Nissan memperkenalkan Nissan GT-R model 2011 yang dibangun berdasarkan tema “World’s best multi-performance and pleasure of responsive driving”. Output enjinnya dipertingkatkan kepada 530 ps pada 6,400 rpm dan tork maksimum 612 Nm dari 3,200 hingga 6,000 rpm. Penutup enjin diwarnakan merah untuk mengilustrasikan penambahan prestasi. Paling menarik enjin ini lebih jimat minyak dengan modifikasi pada tekanan galak [boost] pengecas turbo, pemasaan injap, nisbah campuran udara dengan diameter paip inlet lebih besar dan sistem ekzos.

Nissan GT-R 2011.01

Save Mode adalah ciri terbaru menggantikan Snow Mode yang mengoptimumkan tork pemanduan dan mengubah jadual penukaran gear untuk penggunaan minyak yang lebih ekonomikal apabila memandu di jalan lurus dan terbuka. Walau pun Snow Mode diganti tetapi ciri-ciri asalnya masih lagi dikekalkan. R Mode pula digunakan untuk memecut kereta dari pegun dan akan berfungsi apabila brek ditekan dengan gear diposisikan, pedal minyak ditekan dengan penuh seterusnya brek dilepas dengan cepat. Dalam keadaan ini, suhu minyak akan diawasi secara automatik bagi memastikan kereliabelan dan menghalang daripada peningkatan suhu yang ditetapkan. Untuk mengambil selekoh sempit pada kelajuan rendah, 2-Wheel Drive Mode akan menukar kereta kepada pacuan dua roda asalkan kelajuan di bawah 6 bsj dan stereng dipusing separuh. Perubahan lain yang dibuat ialah menambah topang sokongan [supporting bar] untuk menguatkan lagi casis serta brek dan suspensi yang dirombak semula. Gabungan tayar dan roda turut ditukar dengan tayar baru iaitu Dunlop SP Sport Maxx GT 600 DSST CTT dan roda aluminium tempa [forged] jenama Rays.

Nissan GT-R 2011.02

Aerodinamik GT-R 2011 juga lebih baik dengan pekali seret [COD] 0.26 berbanding 0.27 untuk model sebelum ini. Kestabilan kenderaan diperbaiki dengan bamper dan jeriji yang diperbesar manakala penambahan dua sirip baru pada bamper turut meningkatkan tekanan ke bawah [down force] kepada lebih kurang 10% di samping mengurangkan rintangan angin di dalam ruang enjin dan meningkatkan aliran udara kepada radiator yang menyejukkan brek depan. Kedua-dua belah sisi bamper dipasangkan lampu siang hari, ciri standard untuk pasaran Eropah. Bamper belakang juga diubah dengan pusat graviti lebih rendah dan menambaik baik penyejukan bahagian bawah kereta dan mengurangkan rintangan angin. Bahagian interior turut disemak semula pada butang-butang kawalan dan pengguna diberi dua opsyen kerusi samada Recaro Black atau pun kerusi kulit premium.

Nissan GT-R 2011.03

Masih banyak yang boleh ditulis mengenai GT-R dan saya tidak rasa ruang blog ini mencukupi dan tidak memberi keadilan sebab kereta ini perlu ditulis dengan emosi. Menulis blog tidak sama dengan menulis majalah. Harga untuk Nissan GT-R 2011 ialah GBP 69, 950 dan ini adalah antara faktor mengapa GT-R sukar untuk ditandingi. Dijual pada harga Jepun dengan prestasi lebih hebat dari kereta Eropah sekelasnya.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

21 comments

Skip to comment form

    • C27 on 20/10/2010 at 8:32 AM
    • Reply

    mmg cun

    • pendita_gila on 20/10/2010 at 10:32 AM
    • Reply

    cun mmg

    • hanepSSS on 20/10/2010 at 11:33 AM
    • Reply

    mmg cun

  1. oh pitisssss

    • kete_hitam on 20/10/2010 at 11:58 AM
    • Reply

    oooowhhhh…………

  2. nnt lah gua try L5 oto dulu baru nak rasa penangan oto turbo maklumlaaa nubisssssss

    • cb400vtec on 20/10/2010 at 2:08 PM
    • Reply

    penerangan yg bgus..
    sye belaja xtinggi pn bley fhm..
    dpt info sket2 ttg tchnology kete nih..
    tq2..dgn info yg bermanfaat..
    truskan..

    • nismo34 on 20/10/2010 at 4:04 PM
    • Reply

    the beast

    • 5ruz on 20/10/2010 at 7:12 PM
    • Reply

    Akhirnya R35 dgn warna biru sbg pilihan hatiku…..

    • Han on 20/10/2010 at 7:22 PM
    • Reply

    macam bese, di mana ko duit..

  3. cb400vtec

    Terima kasih, saya dah semak semula dan buat beberapa perubahan untuk lebih senang difahami.

  4. “im awesome monster dude..”kato GTR pada pesaing yg lain..

    • basikal on 21/10/2010 at 2:39 PM
    • Reply

    info terbaik…….

    • John Kumbang on 21/10/2010 at 3:00 PM
    • Reply

    Aku nak keta ni..
    Tapi, harganya lagi mahal dari rumah Semi-D area Nilai Pajam apehal???
    Bungalow bergerak apa???????

    • tuan farhan on 21/10/2010 at 8:38 PM
    • Reply

    nak murah beli la nissan vanette sekehen….

    • the123code on 22/10/2010 at 2:27 PM
    • Reply

    nk bli xmampu..
    aiyooo…

    • highway star on 22/10/2010 at 4:53 PM
    • Reply

    salam,

    klu xmampu beli yg baru,
    cari 2nd yg murah & ikut kemampuan.

    sekian.

    • belalang_kontot on 22/10/2010 at 5:51 PM
    • Reply

    kite kat msia ni lambat sikit nak merase…tapi takpe…insyaAllah…lama2 murah la tu…huhu…(ayat utk sedapkan ati sendiri)

    • tuan farhan on 26/10/2010 at 9:05 PM
    • Reply

    eem…ada x mana2 pomen blh convert nissan sunny jd nissan GTR?

    • Alan on 31/12/2010 at 6:58 PM
    • Reply

    Gua punye azam tahun baru ni nk angkat kete ni walaupun gua x mampu.
    hahahahaha

    • sportrideBXL on 19/06/2013 at 6:05 PM
    • Reply

    alan,angkt je…heheh..

Leave a Reply to AlanCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.