Nissan Grand Livina Talaan Impul Baru

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.02

Sepang (19 Jun 2011) – Berikutan ketibaan Nissan Grand Livina baru yang telah dipertingkatkan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini pula memperkenalkan penampilan pertama di pentas dunia Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru sempena acara Super GT International Series 2011 di Malaysia.

Pasukan rekabentuk Impul telah melakukan ubahsuai terhadap aspek estetik dengan aerokit yang baru direka. Ia memberi penampilan yang lebih agresif dan dinamik untuk melengkapkan lagi Grand Livina yang baru ini. Tarikan utama aerokit tersebut ialah gril hadapan yang menggabungkan logo baru Impul, sekali gus menyempurnakan lagi bahagian hadapannya.

Sebagai tambahan kepada gaya sporty itu, sistem suspensi Impul yang meliputi penyerap hentak dan pegas gegelung yang telah dipertingkatkan ditala dengan lebih rendah sebanyak 25mm bagi mengurangkan olengan yang tidak diperlukan demi mengoptimumkan pengendalian serta membuatkan stereng berasa lebih jitu kepada Grand Livina yang baru ini.

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.03

Peredam ekzos yang terdiri daripada besi tahan karat berkualiti tinggi dengan kemasan yang dikilatkan dan logo Impul yang ditempa pada paip belakang nyata sepadan dengan bahagian belakang yang menerima rekabentuk baru.

Rim aloi Impul Aura SX-10 17” meningkatkan lagi gaya Nissan Grand Livina yang baru ini. Rim-rim tersebut dihasil menggunakan proses Impul New Super Cast (Tempaan Baru Impul) yang membolehkan penjimatan berat dicapai antara 20 hingga 30 peratus berbanding proses konvensional. Ia sekali gus menjadi pencapaian terbaru dalam teknologi penghasilan roda serta memastikan kualiti dan aspek keselamatan yang lebih tinggi.

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.01

Versi Nissan Grand Livina Talaan Impul ditawarkan pada kos hanya RM10,700.00 lebih tinggi berbanding Nissan Grand Livina standard. Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

1.6 MT Comfort RM97,500.00

1.6 AT Comfort RM100,500.00

1.8 AT Comfort RM109,500.00

Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu). Ia boleh dilihat di bilik-bilik pameran terpilih Nissan di seluruh negara. Pembelian secara after-market Peralatan Prestasi IMPUL juga boleh dibuat oleh para pemilik Nissan Grand Livina sedia ada.

Silakan kongsi:

80 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on June 21, 2011 at 9:28 am
    • Reply

    burok benor gril depan tuh… yg lama lg chantek.

    • Alteja on June 21, 2011 at 10:09 am
    • Reply

    Ok je spec dia
    Cuma, bab pemadanan harga & spec, tak tau pulak camne
    Kalau nak dibanding harga, yg 1.8 tu dah dekat sama harga Innova G Spec & lagi mahal dr yg E spec.
    Yang dah pakai, tentu tahu sedap ke idak

    Yang pasti, aku minat Innova. Sebabnya, dia lagi besar tapi murah.
    Estima & Alpat, tak mampu lagi

    • Gemok Sangat Resing on June 22, 2011 at 12:01 am
    • Reply

    ceh…pa brg pkai mpv…suv lg bez…ala american la katakan…u cant drive a car like box shaped…salam 1 malaysia..

    • mk on June 22, 2011 at 1:00 pm
    • Reply

    apa kelas innova…mcm org tua je

    • Ko mmg gemok on June 23, 2011 at 3:22 pm
    • Reply

    mpv & suv masing2 ada kelebihan/kekurangan,,,kalo nk citer pasal suv,,,g jauh2 la,,,kat sini citer pasal mpv je,,,hahaha

    • Alteja on June 23, 2011 at 5:00 pm
    • Reply

    Innova tu mcm je org tua, tapi best jugak

  1. mahal & tak berbaloi gua rase

    • Ko mmg gemok on June 27, 2011 at 4:40 pm
    • Reply

    kalo nk murah,,,beli kancil 2nd hand,,,haha

    • yuri on June 28, 2011 at 9:12 pm
    • Reply

    perghh
    minyak jimat
    tp air cond fail
    n gua xberape suke response electric steering beliau
    sensitip sgt
    seriau bawak lelaju

    • babyboy on July 1, 2011 at 4:10 pm
    • Reply

    brek belakang disk brake atau drum..
    klu disk brek mmg berbaloi2..

    • bodoh ke jadi gemuk? on July 2, 2011 at 4:06 am
    • Reply

    gampang mende la nk cerite segment klas len.xreti nk beza ke mpv ngan suv?klu xtau pasal kete tolong blah dr sni.

    • Ko mmg gemok on July 3, 2011 at 3:43 pm
    • Reply

    yep,,,gua sokong lu brader ‘bodoh ke jd gemok?,,,suv g main jauh2 la,,,

    • suka hati gua la on July 4, 2011 at 8:05 pm
    • Reply

    ala..korang ni..senang citer kalau mampu beli..kalay tk mampu dok diam2..tapi innova mpv paling huduhhh..

  2. Grand Livina- Three rowed MPV
    Innova- Three rowed MPV
    Kia Rondo- Three rowed MPV

    For entrant model (first timer pakai MPV) these are the choices available. Nissan nie seronok sikit nak drive pasal same level as cars and ergonomically good. Innova lak more like a heightened MPV, looks bulky. Kia Rondo, aerodynamic look MPV.

    SUV x sama macam MPV kawan2….

    • Alteja on July 5, 2011 at 8:57 am
    • Reply

    Aku sokong “suka hati gua la” Innova antara MPV paling hodoh. Tapi, aku rasa, Innova adalah pengangkut ramai org termurah & mempunyai ruang kargo yg besar. Kalo ikut senarai “BRABUS Bullit” bagi, aku penah naik ke3-3nya & tak tipu, Innova paling selesa & paling luas aku rasa dan dengan harga RM106k to RM120k, Innova pilihan terbaik dengan pemadanan harga & spec. Tu kata dr aku yg belum kaya ni.Kalo dah kaya, Vellfire pilihan hati…

    • faisal mamat on July 8, 2011 at 11:51 pm
    • Reply

    Aku penting kan body,kecik tapi kemas…..innova ni bagi aku body dia hancur atau mat salleh cakap fail….tak tau lah kalau org tak ader rumah,boleh lah beli innova bawak masuk sekali tilam,bantal dan lain2….hihihihihihi.

    • lu langsi on August 2, 2011 at 8:07 pm
    • Reply

    aku pon skong “faisal mamat”…aku rasa la kan yg minat innova nie mmang bad taste….tang mane dtg minat aku tgk pon xtau….but g.livina antara da best among mpv….sporty and good handling….lg2 bab fuel die….jimat gile….perfomance die mmang tbaek….snang sgt nk ketis innova….celah gigi jek…hikhikhik…..

    • wan on August 9, 2011 at 11:59 pm
    • Reply

    aku dah beli nissan grand livina 1.8 impul,bagi aku dak galak beli pasal,nak naik bukit karak pun rak.aku naik 5 org.balik kg rasa nak jual kta ni.buat malu saja.harga mahal.lepas tu exzos bunyi sampai dalam dengar, berdengu sekali.aku bawa paling laju sampai 140 km dak leh gi.baik kta gen2 180km sekeja saja naik.tapi kta ni kalu mula2 jalan p cap gila.minyak gi kl 140 gi dan bali k terengganu.aku dah pakai 3 tahun dah.

    • wan on August 10, 2011 at 12:06 am
    • Reply

    aku dah beli nissan grand livina 1.8 impul,bagi aku dak galak beli pasal,nak naik bukit karak pun tak rak.aku naik 5 org.balik kg rasa nak jual kta ni.buat malu saja.harga mahal.lepas tu exzos bunyi sampai dalam dengar, berdengu sekali.aku bawa paling laju sampai 140 km dak leh gi.baik kta gen2 180km sekeja saja naik.tapi kta ni kalu mula2 jalan p cap gila.minyak gi kl 140 gi dan bali k terengganu.aku dah pakai 3 tahun dah.

    • AHJ3787 on August 17, 2011 at 8:56 am
    • Reply

    1.8 tak buleh blah?lu biar betul wan,livina gua 1.6 senang-senang buleh pegi 170-180,kot nak menipu pun logik le sikit….

    • Ko mmg gemok on August 19, 2011 at 4:41 pm
    • Reply

    wan plawok,,,hahaha

    • yus on September 8, 2011 at 9:53 am
    • Reply

    Wan, Biar betoi spo yg dikabarkan. 1.8 berbaloi baloi

  3. nissan GL baru tang lambang je yng fail lain semua ranggi .. tp aku tugi ler amik tahun 2009 sportrim ingat dah ok rupanya keluaran 2011 lagi ranggi lah sikit tayar pun dah upgrade guna good year bkn lg dunlop … aduhai

    • ex-Z2H2 on September 16, 2011 at 10:27 am
    • Reply

    Innova tu walaupun hodoh, tapi diantara MPV paling lasak. Perlu ingat, ianya dicipta untuk rakyat Indonesia berdasarkan platform Hilux. Siapa pernah pergi sana dan berpengalaman naik teksi Kijang, tengok le gaya orang sana memandu…heheheh

    Orang sini lebih mementingkan fungsi dari kecantikan. BTW, Livina baru ni aku tengok macam ‘pumped up’ Proton Savvy je (tengok grill la depan dia)…hehehehe

    • GL impul 1.8 bezzz on October 16, 2011 at 3:26 pm
    • Reply

    aku dh beli GL impul 1.8..best jek bwk..sonang jek nk dpt 150km/j..ke ko yg x larat nk tkan minyak????hahaha

  4. Nissan the most reliable engine

    • rexton on November 22, 2011 at 2:58 pm
    • Reply

    salam…decide to buy a new car..
    grand livina baru nampak cantik..
    toyota rush pun cantik..price lebih kurang sama…performance x tau mane yg ok..
    which one is de best???
    any comments??
    Please help me…tq.. 🙂

    • megatputrakuning on November 22, 2011 at 11:46 pm
    • Reply

    toyota rush…tinggi xder 4wd….time laju je silap drift konpem lingkup…

    grand livina…mpv…impul smart n hensem giler…

    terpulang kpd yg nk pakai…jgn terpedaya dgn toyota rush…urban apenyer…2wd je…baik lah amik kembarnyer nautica…

    hrp seat je lebih tp sempit nk mampos….xyah la toyota rush…bunag duit kualiti plastik pun hmpeh…

    mmber gua pakai nyesal xsdh…pakai 2thun pastu jual…tensen…

    nak kne jugak belile rush tu…

    • megatputrakuning on November 22, 2011 at 11:49 pm
    • Reply

    wan…gua punye sedara pakai 1.8nyer lepas je naik genting…siap bwk 6 org lg termasuk gua yg berat 109kg…bygkan 6 org jo…agok2 r nok kecek org….

    • megatputrakuning on November 22, 2011 at 11:54 pm
    • Reply

    yuri:air cond fail tu agak2 yg bru kuar kilang ke yg dh 2thun pakai…?

    • joepinto on December 23, 2011 at 3:19 pm
    • Reply

    salam.. Aku pakai kete ni dh 15k km.. Mmg berbaloi.. power mmg x menghampakan.. Cornering pun layan.. Wlaupun speedometernya ringan 10km/h kalau dbandingkan dgn gps.. Kalo top speed hbs la meter tu.. Minyak mmg ok. Jimat.. Tp kalo selalu guna over drive x la jimat.. Hahaha. Bunyi exzos ok la,xde pun berdengung kat dlm.. Kalo kuat sikit lg ngam, haha.. ape2 pun mmg berbaloi2..

    • man on December 31, 2011 at 6:38 pm
    • Reply

    aku dh pkai livina 1.6 lamo dah, bln jan 2012 ni dah 4 thn.. ok je…. klau ckap bab jimat, guna myk shell…95 pun power

    • Acewin on January 2, 2012 at 8:39 pm
    • Reply

    Gua dah pakai livina 1.8 impul memeyyy tbaekkk bro..sumpah aku ckp!!!puas hati..rasa cam nk beli lagi 2 je heheeee..simpan buat stok.

    • one on January 28, 2012 at 9:55 am
    • Reply

    Grd livina 1.6 pun dh ok…sy dh pakai 2thn blk kg kelate selama je naik karak n bkt tujuh merapoh…..Wan ko nk kelentong pun bia betol

  5. GL impul mmg cun habis terutama colour putih..

    • Redbull PG on January 31, 2012 at 12:12 am
    • Reply

    Wan aku rasa la ko x pandai drive keta lagi la , aku dah pakai G livina 1.8 dkt 2tha ok je ,gi genting x da masaalah walaupun penumpang 6 org ,aku rasa ko drive kancil je ni hahaha…

    • airul on January 31, 2012 at 11:32 pm
    • Reply

    wan agak2 la klu nk menipu….tk ada untung pun…aku dah guner g/l ni hampir 2 thun,,,140 tu tk perasan pun sedar2 orang dekat sebelah tolong ingatkan…nk tapau wish 2.0 senang2 jer…

    joepinto..
    meter kereta memang lebih urang 10km/j dengan gps apabila meter lebih dari 100km/j..nk bg metr berat masuk rim 19″ masuk tyar 45..mesti berat meter

    • nasz on March 9, 2012 at 10:05 am
    • Reply

    biar betul kau wan. Aku g naik karak pakai livina impul 1.8 senyum jer potong gen 2. Nak melawak g masuk raja lawak la. Ha ha ha

    • Ko mmg gemok on March 17, 2012 at 9:12 pm
    • Reply

    wan,,,aku rasa la ko pnya keta tu body je GL,,,tp pakai enjin kancil,,,hahahaha,,,,plawok!!!

    • ursyaaaaaaa on April 2, 2012 at 12:40 am
    • Reply

    nak layan karak hw goyang sampai naik bukit pun tekan brek agoknye… hehehe

    • mann power on April 14, 2012 at 4:59 pm
    • Reply

    memang terbaik bro..gua dah guna 1 tahun lebih 1.8 impul
    naik genting selamba je 6 org..

    • lee turbo on April 21, 2012 at 5:40 pm
    • Reply

    nak test power bukit karak,aku syor mitsubishi airtrek gerenti keta in mkn hati ja.hahaha.xblh blah gen 2

    • wan on May 6, 2012 at 10:10 pm
    • Reply

    tak yah beli la livina…second value jatuh merudum…belting 3 tahun da bunyi cam kereta dutsun,

    • wan on May 6, 2012 at 10:17 pm
    • Reply

    aku wan lain..bukan yang kena bam booo kat atas…livina aku 1.6 je…aku biarkan belting aku bunyi cam cengkerik biar orang dengar betapa sam dolnya tang con kereta murah jual mahal2

    • Pol on May 6, 2012 at 11:23 pm
    • Reply

    Wan tu kincing.aku pakai 1.6.trafiic light ijau, m3 kalah pik up dia….minyak terbaik.n hensem dgn impul.

    • Pol on May 6, 2012 at 11:26 pm
    • Reply

    Satu lagi…sapa kata 2nd value drop…try tgk kat used car…meleleh laa nak amik 2nd hand kalau xmampu.
    Sblm ni aku pakai gen2, nak motong kete, pun kena mengucap 14x dulu…hua hua.

    • Asylum on May 6, 2012 at 11:37 pm
    • Reply

    Gua sokong livina!

    • MMC on May 7, 2012 at 9:47 pm
    • Reply

    Bro, pikir bebaik.drpd alza baik myvi.katik semacam je alza bro.

    • aretick on May 7, 2012 at 9:57 pm
    • Reply

    ak suke perkataan impul bawah spoiler dye nie nmpok mcm ganas jo heheheh

  6. Sebagai pemilik Alza S2000, gua menyokong penuh Alza kerana ia mampu mengisi vakum kosong [dari segi saiz kenderaan+harga] yang wujud di kalangan rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai anak 2-3 orang yang sedang membesar. Nak bubuh dalam Persona memang tak celuih orang Kedah kata.

    Untuk memiliki Odisi memerlukan gua menipu slip gaji yang mana gua memang tanak menanggung dosa woo.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.