NISSAN ALMERA SERBA BAHARU MEMASUKI PASARAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR (10 Ogos 2012) – Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mempamerkan model terbaharu dalam sedan segmen B, Nissan Almera dalam satu pratonton eksklusif kepada media di Pavilion Kuala Lumpur. Nissan Almera akan diperkenalkan pada suku keempat 2012. Ia merupakan model pemasangan komponen terurai (CKD) yang bakal dipasang di Malaysia, iaitu di kilang Tan Chong yang terletak di Serendah.

Nissan Almera serba baharu akan ditawarkan menerusi varian 1.5 liter bertransmisi automatik dan manual yang telah direka secara khusus untuk memberikan pemanduan lancar serta penjimatan bahan api mengagumkan. Nissan Almera serba baharu merupakan Sedan Global paling laris bagi Nissan dan telah terjual lebih 460,000 unit sejak dilancarkan pada 2010. Sedan itu cukup berjaya di pasaran seluruh dunia terutama di China dan Thailand.

“Nissan Almera serba baharu memiliki gaya kemewahan dan ruang yang luas berbanding pesaing lain dalam segmen sama. Ia juga menampilkan teknologi baru yang biasanya ditemui dalam segmen lebih mahal,” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor, Dato’ Dr Ang Bon Beng,

“Dengan keluasan ruang dalaman mengagumkan dan tahap keselesaan yang tidak diduga, kami yakin bahawa Nissan Almera akan menjadi model terlaris di Malaysia,” tambah Dato’ Dr Ang.

Orang ramai boleh melihat secara dekat sedan global itu di pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Ogos. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Nissan Almera, mereka boleh mendaftar di Pavilion dan di semua lokasi siri jelajah Nissan Almera. Almera turut dipamerkan di:

Dataran Pahlawan, Melaka

10 – 12 Ogos 2012

Queensbay Mall, Bayan Lepas, Pulau Pinang

16 – 21 Ogos 2012

Paradigm Mall, Kelana Jaya, Selangor

23 – 26 Ogos 2012

Autocity, Juru, Pulau Pinang

30 Ogos – 2 September 2012

East Coast Mall, Kuantan, Pahang

31 Ogos – 2 September 2012

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • encikpadil on 12/08/2012 at 9:25 PM
    • Reply

    ha ha ha, mana lu tau joe? ha ha, agak huduh juga la, tgk plak interiornya lg wat gua ilang selera bulan2 posa ni. sentra n16 tu berganda ganda lg lawa. hiway cruiser gua x jumpa2 lg ni adoyai…

    • kd on 13/08/2012 at 4:34 AM
    • Reply

    bakal jd teksi almera ni nnti, tgk la,brand nissan klu wt teksi mmg best, mcm sentra dulu

    • kd on 13/08/2012 at 4:49 AM
    • Reply

    tp almera x la nmpak ketara sgt keDUGONGan nye, lg ok dr vios, bg gua ok almera dr vios, sbb vios meter tengah, dh la tu temp gauge pon xde, sama jgk city xde temp gauge, klu almera ada temp gauge, pastu meter pon kt depan steering, bg pandangan gua la, dalam almera pon lg luas dr vios dan city, utk version high spec, member gua dr SA nissan bgtau, die guna keyless sntry & start system, push start button, pastu guna automatic climate control aircond system, tp rasa utk high spec tu price die mungkin dalam rm85k, menarik la jgk spec die

  1. gua tak boleh nak komen.. sebab tak test drive.. luaran oklaa mmg nampak besor.. berapa capacity boot belakang tu.. agak2 boleh sumbat matpon dgn baai gua boleh terima dgn baik kereta ni..

    • epi on 13/08/2012 at 2:36 PM
    • Reply

    klau dr tepi xbrape nk lawa la…

    • encikpadil on 14/08/2012 at 1:08 PM
    • Reply

    sedang mengusya perdana… macam best je…

    • megatputrakuning on 15/08/2012 at 10:55 PM
    • Reply

    encik padil komen nnt ckp huduh,gua komen nnt mencarut….nk diam je…sbb dh pening dgn design2 kete zaman skrg…

    • encikpadil on 27/08/2012 at 12:05 PM
    • Reply

    jgn la gitu encik megat, x best la… kita kasi panas sket, mudah2an designer2 keta zaman skang akan insaf… he he… kasi la kuar keta yg semenggah sket rupanya…

    • manbp on 29/08/2012 at 10:45 AM
    • Reply

    kadang-kadang lawa ni boleh jatuh nombor dua. zaman mcm ni kalau keta tu jimat dan senang jaga dah kira ok. banyak duit nak pakai woo… saman dah makin mahallllllll

    • megatputrakuning on 16/09/2012 at 11:37 PM
    • Reply

    kete proton gua suke puta n satria gti
    nissan sentra b13,silvia s15,r34gtr
    honda nsx,ek9r,fd2nr,fd2nrr,accord euro r cf4,accord sv4,intergra dc2r,dc5r
    toyota supra,ae86,ae92levin,seg,hiace…

    • Muaz on 01/11/2012 at 2:28 PM
    • Reply

    Nape diaorang tak kekalkan design yang terbaik yang pernah diaorang kuar lepas tu upgrade sistem dari segi handling suspensi serta kurang kos maintainance dan yang penting CC enjin standard 1.8 , 1.6 dan 2.0 dan kasi pickup naik bukit atau loading full pasenger. lastly kasi UV windscreen. OK nyer

    • azn on 16/12/2012 at 10:04 AM
    • Reply

    betul mes. kalu rosak start button tu mcmn? mahal tak.. lantak la bukan smpai mati pun nak pakai keta ni. 4, 5 tahun jiwa aku msti nak beli baru lain lak..apa2 pun dah bayor booking. tgu loan je.. tak sabor nk bw keta baru.. abis utg ni beli keta baru lain lak. hahahaha.

    • rizal on 17/01/2013 at 4:11 PM
    • Reply

    Sayang dah pakai vios, lewat sangat keluarnya…kalau tengok harga better lagi Almera ni…Nak jual pun baru pakai hampir 2 tahun, huhu, pasni nak amik MPV pulak memandangkan famili semakin membesar..memang tak merasa la jawabnya…

Leave a Reply to megatputrakuningCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.