Mugen Euro Bangunkan Honda CR-Z

Honda CR-Z Mugen.02

Mugen Euro sedang membangunkan Honda CR-Z berprestasi seperti ‘Type R’ dari enjin hibrid standard dan mungkin juga dengan penggunaan minyak yang lebih ekonomikal. Kuasa dan tork dari enjin 1.5 liter i-VTEC dan sistem Honda IMA akan ditingkatkan manakala casis ditambah baik dengan brek dan suspensi berprestasi.

Perubahan major pada enjin serta ekzos dan induksi akan menjadikan CR-Z Mugen lebih ekonomikal dan emisi C02 yang lebih rendah dalam beberapa keadaan. Walaubagaimanapun, jumlah sebenar kuasa, tork dan penggunaan minyak masih belum diketahui memandangkan kereta masih lagi di peringkat pembangunan.

Honda CR-Z Mugen.01

Selain perubahan mekanikal, kereta diringankan melalui penggunaan bonet gentian kaca dan roda aluminium Mugen. Untuk lebih aerodinamik dan kelihatan sporty, kit badan Mugen seperti bampar depan – belakang dan spoiler dipasangkan.

CR-Z Mugen adalah projek kerjasama antara Honda [UK] dengan Mugen Euro dan akan dipertontonkan pada umum pada bulan Julai ini. Buat masa sekarang, CR-Z hanya dibangunkan sebagai prototaip dan tiada perancangan untuk produksi massa – perkembangan yang dijangka mengecewakan ramai pengikut Type R.

-Mak/d Uia-

Muhammad

5 Comments

Kata Anda//