MRC Kangar 2011: Fan Fan Gagal Hadir, Muhammad Rafiq Perlu Ditewaskan

APRC Malaysia 2011-03.06

KANGAR – Muhammad Rafiq Udhaya berada di kedudukan teratas apabila 28 pemandu bersaing di dalam pusingan kedua Kejohanan Rali Malaysia [MRC] 2011 di Kangar, Perlis. Walau bagaimapun, Muhammad Rafiq yang merupakan juara tahun lepas bukan memegang ranking pertama.

Beliau berada di tempat kedua keseluruhan dan oleh kerana juara pusingan pertama iaitu Fan Fan dari China gagal untuk hadir kerana masalah visa, Muhammad Rafiq kini mengambil alih sebagai peneraju perlumbaan. Muhammad Rafiq dan pemandu arah, Sean Gregory yang menggunakan kereta Subaru Impreza mempunyai 11 poin manakala Fan Fan dan pemandu arah, Fang Junwei yang menggunakan Mitsubishi Evolution 10 mempunyai 13 poin.

MRC Perlis 2010.02

Di ranking ketiga pula ialah pasangan pemandu dari Jepun iaitu Aji Kim dan Noriko Takeshita yang menggunakan kereta Proton Satria Neo dengan 7 poin di hadapan dua pemandu Malaysia iaitu Mohd Shazly Ilias dan Kenneth Koh yang masing-masing dengan 5 dan 4 poin.

Nama-nama besar seperti Karamjit Singh yang merupakan juara MRC sebanyak 11 kali, Katsu Taguchi dari Jepun yang merupakan bekas pemandu Kejohanan Rali Dunia [WRC] dan Cody Crocker dari Australia yang merupakan juara Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pula masing-masing berada di dasar ranking akibat gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan pertama. Menambahkan lagi saingan untuk merebut mata pada pusingan kedua ialah Gunaseelan Rajoo dengan kereta Proton Putra 4WD Turbo.

Perlumbaan pusingan kedua itu dijangka sengit bagi menentukan siapa juara dan siapa yang tewas. Aksi antarabangsa dengan deruman jentera hebat di litar tempatan.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

  1. Mak/d UIA…biler ni? bape hb?…ade kuar TV tak?

  2. mendahului hari pertama Cody, diikuti kedua oleh Karamjit & Katsu. MRU ditempat ke 4. Nampak gayanya Subaru vs Mitsubishi

    • jelapangpadey on 29/05/2011 at 12:32 PM
    • Reply

    oit…oit…apa nie…bila nie,apsal x inform pon….adoii..

  3. Ok sapa nak tanya boleh tanya gua. Sekarang gua bos. Sekian.

  4. Matpon…kalo lu terer sape menang?

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.