MRC Johor 2012: GSR Repsol Air Asia Rally Team Juara!

Pusingan ketiga Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 telah diadakan dari 13 hingga 15 Julai lepas di Johor. Pusingan tersebut dianjurkan serentak dengan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) dengan penyertaan 36 buah kereta.

Pasukan Rali GSR Repsol Air Asia diwakilkan oleh pelumba tempatan dan antarabangsa iaitu Karamjit Singh, Nathan Quinn dari Australia, Fan Fan dari China dan Lohitt Urs dari India.

Selepas tiga hari yang mencabar, Nathan Quinn dan jurupandu arah Nicole Gill menjuarai pusingan tersebut dan turut mendapat tempat pertama kelas P12 dengan kereta Mitsubishi Evolution 9 mengalahkan Brian Green dari New Zealand.

Tempat ketiga keseluruhan dimenangi oleh Karamjit Singh dan jurupandu arah Vivek Ponnusamy di dalam kelas P9 (1.6 liter) dan tempat pertama kelas 2WD. Karamjit membuktikan kejaguhan beliau dengan menduduki podium walaupun hanya dengan memandu kereta pacuan dua roda.

Tempat keempat dan kelima juga turut disapu bersih oleh pasukan apabila Lohitt Urs dan Fan Fan yang masing-masing memandu Mitsubishi Lancer Evo 10 mendapat tempat tersebut.

Gunaseelan Rajoo, Pemilik dan Pengurus Pasukan berkata, “Kami melalui rali yang hebat pada minggu ini, bukan sahaja menjadi juara bahkan turut mendapat tempat lima teratas. Seluruh ahli pasukan bekerja keras untuk kejayaan ini. Terima kasih kepada Koordinator Pasukan iaitu Ramona dan Ketua Jurutera, Faidzil Alang atas usaha mereka.”

Encik Megat Shahrul Azmir, Pengarah Eksekutif Divisyen Pengilangan dan Kejuruteraan UMW berkata, “Tahniah kepada pasukan di atas kejayaan ini, setiap kali kami mencapai kejayaan, kami membuktikan bahawa minyak pelincir kami sememangnya sangat berkualiti dengan ketahanan pada keadaan yang mencabar dan kompetitif, ianya satu kombinasi yang bagus di antara Repsol dan pasukan GSR Repsol Air Asia, saya yakin banyak lagi kemenangan yang boleh dicapai oleh pasukan di dalam industri sukan bermotor Malaysia.”

Muhammad

3 Comments

  1. Minyak repsol ni bagus tapi tak banyak tempat boleh dapat.
    Tahniah Flying Singh anfd GSR Repsol

Kata Anda//