MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

rd5_leg1_large

MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

Kemaskini 7.00 malam. 5/12/09.

Leg 1 pusingan akhir MRC menyaksikan persaingan sengit antara 2 pasukan utama, GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team. Karamjit berjaya mengatasi Saladin hanya dengan beberapa saat diikuti oleh Gunaseelan Rajoo mengatasi Rozali Abdullah juga dengan masa yang sangat tipis. Gen.2 Saladin dikhabarkan mempunyai masalah brek.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Karamjit Singh/Jagdev Singh, Mitsubishi Evolution, 00:44:21.0

2. Saladin Mazlan/Arish Qutb Ahmad Khan, Proton Gen.2 4WD Turbo, 00:44:51.3

3. Gunaseelan Rajoo/Mohd Izwan Abdullah, Mitsubishi Evolution, 00:48:42.0

4. Rozali Abdullah/Douglas Pickering, Proton Waja 4WD Turbo, 00:48:48.2

5. Muhammad Rafiq Udhaya/Sean F. Gregory, Subaru Impreza, 00:51:26

Sumber: Malaysianrally.com

Nantikan perkembangan selanjutnya.

-Mak Uia-


MRC050900

Hari ini bermulanya pertarungan akhir antara GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team bagi merebut kejuaraan Malaysian Rally Championship [MRC] musim 2009.

Siapakah yang akan menjadi juara? Mampukah GSR Pennzoil Racing Team mempertahankan kejuaraan MRC [tim] yang dimenangi pada 2008 atau Felda Rally Team, pasukan baharu yang ditubuhkan pada tahun ini dapat memecahkan dominasi tersebut?

Siapakah lebih handal? Karamjit Singh, Gunaseelan Rajoo, Saladin Mazlan atau Rozali Abdullah?.

Nantikan perkembangan selanjutnya.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • senyum on December 5, 2009 at 1:27 am
    • Reply

    karamjit ayam pencen.heheheh

    • on December 5, 2009 at 1:58 am
    • Reply

    siapa lebih handal?
    kite saksikan..

    • Sekeru longgaq on December 5, 2009 at 8:22 am
    • Reply

    aq rasa dua dua power.bergantung pada nasib gak..

    • carragher27 on December 5, 2009 at 12:19 pm
    • Reply

    gua sapot GSR.. baru feel nanti time taxi ride bersama sang juara..

    • dato k on December 5, 2009 at 9:03 pm
    • Reply

    gua sokong saladin ngan rozali sb dorang pakai proton

    • Org miskin on December 6, 2009 at 4:32 pm
    • Reply

    Caya lah kereta nasional Proton berentap gan Evo dan Subaru…mcm tak caya jee…keta Proton boleh memberi tentangan sengit..tuuu blum lg dio org turunkan satria s2000…mau asap pon tak nampak…..

    • luqae on December 7, 2009 at 1:53 am
    • Reply

    mad aku rasa info ko salah la, rozali dah dnf,rafiq tarik diri, no 4 shud be shazly and 5 abg jamal.

    • on December 7, 2009 at 7:11 am
    • Reply

    Shafiq:
    MRC Akhir: Leg 1.

    MRC 2009: Aku tak tulis lagi.

    • luqae on December 7, 2009 at 5:48 pm
    • Reply

    ye ke hehe, sorry silap =D jgn marah..alalalalala aku yg silap baca sorry bos!

    • hantukete on December 7, 2009 at 8:33 pm
    • Reply

    dua-dua sama-sama handal, payah nak dijangka.kalau gen2 menang maknanya kete malaysia memang bagus…..

    • azwan nbs on December 7, 2009 at 8:45 pm
    • Reply

    IDOP SINGH!!!!!!!!!

    • mie on December 7, 2009 at 11:47 pm
    • Reply

    Tahniah GSR Penzoil, terutama Sazly & shazmie

  1. baru balik dari bukit merah….memang rally paing best!

Leave a Reply to luqae Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.