MRC 2011: Cabaran Bakal Bermula

aprc2010_LEG1 Proton

Sejumlah nama-nama besar dijangka akan menyertai pusingan pembukaan APRC yang juga sebahagian dari MRC 2011 di Plaza Angsana Johor Bahru dan Estet Tai Tak di Kota Tinggi bermula 1 hingga 3 April. Buat pertama kalinya juga, peringkat istimewa pendek berjarak 2km dibina di kawasan bersebelahan Plaza Angsana untuk menyuntik lebih kesedaran umum terhadap sukan rali.

aprc2010_winners

Mendahului senarai ialah juara bertahan dari Jepun iaitu Katsu Taguchi di bawah pasukan MRF dan rakan sepasukan iaitu naib juara Guarav Gill di mana mereka berdua menamatkan kejuaraan 1-2 pada MRC tahun lepas. Cabaran negara akan dipikul oleh juara MRC 2010 iaitu Muhammad Rafiq Udhaya dan pemandu arah Sean Gregory dengan kereta Subaru Impreza dan pasangan GSR Pennzoil Racing Team dengan kereta Suzuki Swift Sport dalam kategori 2WD. Seorang lagi pemandu Jepun yang memenangi pusingan APRC 2010 di China, Yuya Sumiyama akan turut bersaing di bawah pasukan Cusco.

aprc2010_leg2 Katsu

Pengeluar kereta nasional, Proton turut berlumba dengan dua buah kereta Satria Neo S2000 yang bakal dipandu oleh Alister McRae dan Chris Atkinson. Setakat ini sebanyak 19 penyertaan diterima dari pelbagai negara termasuk United Kingdom.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 07/03/2011 at 8:42 AM
    • Reply

    g luck proton..hope takde pape prob kali ni…

  1. pergh…lama giler takde posting rindu plak gua rasa …hehe

    • exJAVANESE on 07/03/2011 at 3:12 PM
    • Reply

    perghhh…gamba yg first skli tu hebat gile!! tayr msuk longkang wooo…ternik pemanduan yg hebat yop!! (trigat la plk kat Initial D)

    • 5ruz on 09/03/2011 at 8:55 PM
    • Reply

    agak2 team cusco bwk x diaorg nye Neo jdm tu

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.