MR11: Chris Atkinson Mendahului Hari Kedua Perlumbaan!

APRC Malaysia 2011 -02.06

Chris Atkinson kini mendahului Rali Malaysia yang berlangsung di Estet Tai Tak di Kota Tinggi, Johor.

Beliau yang memandu Proton Satria Neo S2000 mencatat masa 2 jam 06:29.4 saat di hadapan Guarav Gill yang memandu Mitsubishi Evo X dengan masa 2 jam 08:09.8 saat.

APRC Malaysia 2011 -02.01

Di tempat ketiga ialah seorang lagi pemandu Proton iaitu Alister McRae dengan masa 2 jam 15:56.7 saat seterusnya memberikan kedudukan yang selesa untuk pasukan Proton Motorsports di dalam peringkat terakhir perlumbaan pada hari Ahad.

Atkinson berlumba dengan cemerlang semalam apabila memenangi tujuh daripada lapan peringkat perlumbaan dan hanya kalah pada pusingan terakhir di peringkat perlumbaan khas di Plaza Angsana kepada Guarav Gill.

APRC Malaysia 2011 -02.02

Di dalam kategori Kejohanan Rali Malaysia [MRC], Fan Fan yang berasal dari China dan memandu kereta Mitsubishi Evo X mendahului peserta lain dengan masa 2 jam 27:29.0 saat manakala Muhammad Rafiq Udhaya dengan kereta Subaru Impreza di tempat kedua dengan masa 2 jam 30:34.3 saat. Beliau dikenakan penalti selepas mengambil masa yang lama di hentian servis bagi menukar kotak gear yang bermasalah. Di tempat ketiga pula ialah pemandu dari Jepun iaitu Aji Kim dengan kereta Proton Satria Neo yang mencatat masa 2 jam 36:48.0 saat.

APRC Malaysia 2011 -02.05

Selain dari itu, semalam adalah hari yang mengecewakan buat Karamjit Singh apabila tayar keretanya tercabut di peringkat perlumbaan [SS] 3 dan terpaksa bersara daripada perlumbaan.

Gunaseelan Rajoo daripada pasukan Pennzoil GSR yang bersaing di dalam kategori A6 Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] memandu Proton Satria 1.6 mendahului kategori tersebut dengan pemanduan yang berhati-hati.

APRC Malaysia 2011 -02.04

Perlumbaan peringkat terakhir berlangsung hari ini dengan baki tujuh SS.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • madee on 03/04/2011 at 7:06 PM
    • Reply

    kombang idung gua..depan evo tu..keh..keh

    • mobilespeed on 04/04/2011 at 7:10 AM
    • Reply

    mak/d UIA…

    tengkiu sebab bagi lagi stiker GT semalam!

    • speed on 04/04/2011 at 10:49 AM
    • Reply

    go proton go!

    • taufique_eastriderz on 04/04/2011 at 3:28 PM
    • Reply

    bangga gua bwk neo …
    men rally jack…!

  1. Proton telah mempamerkan belang…

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.