Motor: Vespa Kembali!

Vespa.02

Naza Premira, salah satu syarikat di bawah NAZA Group telah dilantik sebagai pengedar eksklusif jenama Vespa yang merangkumi skuter, alat ganti, aksesori dan barangan di Malaysia.

Dengan pelantikan ini pelbagai produk berkaitan Vespa akan ditawar kepada pasaran dan model yang dijangka popular ialah Vespa LX150cc yang berharga lebih kurang RM10 ribu. Turut dijual ialah versi kapasiti lebih besar iaitu Vespa GTV250 dan Vespa GTS 300.

Naza Premira juga akan mengendali khidmat lepas jualan dan waranti bagi motosikal Vespa. Sebuah premis khas akan dibuka untuk jenama ini pada pertengahan Disember di Kota Damansara. Wakil pengedar seluruh negara akan dilantik bermula Januari 2011.

Sumber: Naza Premira

-Mak Uia-


Muhammad

12 Comments

  1. model 150cc tuh cam moto untuk awek2 jer…yang kaler ijau tuh mahal x ingat..rege dalam 30k…huhuhu

  2. da henjin die kat belah kanan sbb tu berat sebelah…kalo lu nak stabil matpon, lu amik batu bata letak kat dalam box belah kiri die tu..hehee

  3. Teringat zaman muda-muda dulu pegi jamboree vespa kat litar pasir gudang.ride vespa seharian suntuk dalam hujan.convoy kitaorang menarik perhatian ramai apabila vespa salah seorang dari kami mempunyai side car.Tapi style vespa sekarang ni berbody kecil tidak sesuai untuk saya yang semakin lama mengembang.terpaksa saya membeli modenas elegan 200.

Kata Anda//