Mitsubishi PX-MiEV dan i-MiEV SPORT AIR

Mitsubishi i MiEV Sport Air.14

Dalam teknologi hijau automotif, Mitsubishi lebih fokus kepada kereta yang dijanakan oleh kuasa elektrik sepenuhnya berbanding pembuat lain. Dengan tema Drive@Earth, Mitsubishi menggunakan mantra tersebut untuk memacu syarikat mencapai keseimbangan ideal antara prestasi dan mesra alam serta menghasilkan kereta yang bukan sahaja ‘peduli’ pada dunia malah penghuninya.

Selepas mengeluarkan kereta elektrik i-MiEV dengan emisi sifar, Mitsubishi kini tampil dengan PX-MiEV dan i-MiEV SPORT AIR, dua kereta konsep yang mesra alam dan keseronokan pemanduan yang sinonim dengan jenama Mitsubishi.

Mitsubishi Concept PX MiEV.02

Concept PX-MiEV adalah crossover yang dikuasakan oleh Sistem Mitsubishi Plug-in Hybrid terkini. Sistem baru ini direka untuk kereta dipandu sepenuhnya dengan mod elektrik dan enjin gasolin 1.6 liter MIVEC menghasilkan tenaga elektrik untuk mengerakkan motor elektrik depan dan belakang bila mana diperlukan. Dengan ini, kelemahan kereta elektrik dengan jarak perjalanan terhad tidak lagi menjadi halangan.

Mitsubishi i MiEV Sport Air.15

Dengan gabungan warisan permotoran Mitsubishi dan teknologi elektrik, i MiEV SPORT AIR adalah konsep kereta elektrik yang sporti [Sport] untuk masa hadapan dengan panel bumbung yang boleh dibuka serta memberi pengalaman udara [Air] yang luas kepada penumpang. Gabungan konsep SPORT dan AIR ini adalah selari dengan matlamat Mitsubishi untuk menghasilkan kereta yang seronok untuk dipandu serta menitikberatkan teknologi mesra alam sekitar.

Mitsubishi i MiEV Sport Air.19

i MiEV SPORT AIR dibina berdasarkan platform rear-midship i MiEV manakala badannya berbentuk titisan air mata yang mengecil pada bahagian belakang untuk fungsi aerodinamik yang cemerlang. Bumbungnya pula dilengkapi inlay solar dengan grafik papan litar elektrik. Bersesuaian dengan nama SPORT, kuasa i MiEV SPORT AIR ialah 60 kW [80 hp] dengan 230 Nm tork.

Sumber: MMM

-Mak Uia-

Muhammad

6 Comments

  1. harap2 1day pencemaran alam sekitar dek kerana sisa buangan kenderaan bermotor dapat dihapuskan terus….

Kata Anda//