Mitsubishi i-MiEV Spesifikasi Amerika

Mitsubishi i-MiEV.01

Amerika mempunyai pasaran yang luas dan citarasa pembeli tersendiri membolehkan negara tersebut mempunyai varian kereta yang tidak ditawarkan di tempat lain. Bahkan pengeluar kereta membina jenama kedua khusus bagi meraih pembelian dari pasaran yang skeptik dengan jenama asal mereka. Maka lahirlah Infiniti, Acura dan Lexus.

Walaupun demikian, Mitsubishi masih lagi mengguna pakai jenama asal berbeza dengan rakan lain dari Jepun dan terbaru mereka akan melancarkan i-MiEV spesifikasi Amerika Syarikat. Perubahan signifikan antara spesifikasi Amerika dengan Eropah dan Jepun ialah badan kereta yang diperbesarkan. Iya, Amerika sukakan benda yang besar tengok saja saiz Humvee dan pikap serta kereta-kereta mereka. Lebar macam rumah. Saiz baru i-MiEV boleh memuatkan empat orang sebabnya model asal memang kecil, suatu yang tipikal sebagai kereta Jepun.

Selain dari itu, beg udara yang boleh mengesan posisi duduk penumpang serta mengawal kuasa pelepasan, Sistem pengawasan tekanan tayar [TPMS] dan Kawalan Kestabilan Aktif [ASC] didatangkan standard dengan kereta. Tetapi bukan itu yang saya nak sampaikan kecuali ini adalah i-MiEV widebody dan nampak pelik.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 19/11/2010 at 9:19 AM
    • Reply

    nice…

    1. Yeahhh. Gua rase ZZzzzZZZZzzZzz.

      Babai.

    • belalang_kontot on 19/11/2010 at 5:12 PM
    • Reply

    Lu tak abis2 mengular matpon…gua pun dah belaja mengular daripada lu…

    • smut_liar on 19/11/2010 at 9:37 PM
    • Reply

    gua pun nak megular jugak lah….

    1. Sori bro. Hak mengular untuk gua sorang jerrr.

      Babai.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.