Aug 10

Mini: Kereta Yang Paling British

Mini

Berdasarkan penemuan terbaru yang dibuat oleh Manheim Auctions mendapati 60% rakyat Britain lebih menggemari kereta buatan tempatan. Tetapi apa yang menjadikan sebagai kereta British?Penemuan terbaru menunjukkan bahawa hampir satu daripada lima pemilik kenderaan mempertimbangkan di mana kereta dibina apabila memikirkan tentang ‘British-ness’, serta warisan dan hak milik syarikat itu.

Apabila ditanya kepada nama kereta yang paling British , Mini asal (sebelum 1980) menjadi pilihan utama, tetapi apa yang menariknya Ford Focus, sebuah kereta yang tidak pernah dibuat di UK dan dimiliki oleh gergasi kereta Amerika, turut berada di tempat kelima! Hanya tiga kereta yang benar-benar British yang tersenarai daripada tinjauan awam daripada 10 kereta ‘British’: Mini (sebelum 1980), Jaguar Type-E dan Rover 75.

10 teratas pungutan suara kereta ‘British’:

1. Mini (sebelum 1980)
2. Rolls Royce
3. Aston Martin
4. Jaguar Type-E
5. Ford Focus
6. Bentley
7. Ford Fiesta
8. Rover 75
9. BMW MINI
10.Vauxhall Astra

“Terdapat banyak kereta yang dikaitkan dengan Britain sedangkan pada hakikatnya mereka tidak ada kena mengena dengan British. Ford Focus tidak pernah dibina di UK, tidak dimiliki oleh syarikat British, tetapi jenama Ford yang merayakan 100 tahun di UK tahun ini adalah salah satu yang dianggap oleh ramai sebagai British,” kata Craig Mailey, Pengarah Pemasaran Manheim Auctions.

Kalau di tempat kita, saya yakin, jenama Myvi dan Saga pasti akan berada dalam carta utama untuk kereta yang paling Malaysia. Dan jangan terkejut kalau Vios pun boleh masuk carta sebagai kereta yang paling Malaysia.

Sumber: Newspress

-C27-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • Alteja on August 10, 2011 at 8:13 am
    • Reply

    Malaysia, oh Negara ku…

    • belalang_kontot_dalam_kenangan on August 10, 2011 at 9:18 am
    • Reply

    huhu…GT watla survey camtu….kite tgk keter ape yg plg Malaysia…

  1. sebetulnya Proton UKjatuh tempat ke berapa kereta kegemaran rakyat UK? cuba survey sikit ..

    • Datsun Buah Kana on August 10, 2011 at 11:51 am
    • Reply

    Jeremy Clakson pernah cakap.” This Lotus is British car but own to Malaysian company ” muka dia jadi kelat… Nampak bertapa kecewanya dia. So kita yang ada Proton dan miliki Lotus harus berbangga.

    • jabroni on August 10, 2011 at 3:39 pm
    • Reply

    Lotus pembuat kereta sport British, tapi Lotus Malaysia punya…. ha!ha!ha! padan muka ko Mat Saleh gendut!!!

    • smut_liar on August 10, 2011 at 7:21 pm
    • Reply

    bila kita nak bersatu ni…
    beli barang buatan proton jer…

    • pelug on August 10, 2011 at 9:27 pm
    • Reply

    mini bukan germans punya ker

  2. ah aok ni tak taw ke ah malas pulak gua nak bercakap. sekian. selamat pose yer kawan kawan rakan rakan.

  3. Mini skrg dah mahal nak mampus

Leave a Reply

Your email address will not be published.