Sep 07

MINI Countryman: 4WD & WRC!

Mini Countryman.01

Saya rasa nama Mini adalah yang paling true dalam banyak-banyak jenama kereta. Namanya melambangkan kereta itu sendiri iaitu kecil dan kompak. Kalau kita soroti sejarah kereta-kereta Eropah kita akan perasan banyak model klasik adalah comel lote dan kompak, kadang-kadang hairan juga macamana Mat Saleh tinggi lampai dan besar boleh muat dengan selesa dalam kereta sekecil ini.

Warisan kereta kecil Eropah yang tinggal ialah Mini dan di UK pembuat yang kini dah jadi kepunyaan BMW akan melancarkan varian terbaru iaitu Countryman, siri keempat dari keluarga Mini selepas model Hatch, Convertible dan Clubman. Yang menjadikan Countryman istimewa ialah pintunya ada empat, boleh muat lima orang dewasa dan pertama kali dipasangkan dengan pacuan empat roda [4WD].

Mini Countryman.03

Terdapat dua jenis enjin ditawarkan kepada pembeli, enjin petrol untuk model One, Cooper dan Cooper S manakala enjin diesel pula untuk model One D dan Cooper D termasuklah dua lagi varian 4WD. Enjin ini kesemuanya disumberkan oleh BMW dan setiap model Countryman dipadankan dengan transmisi enam kelajuan manual manakala opsyen enam kelajuan automatik hanya untuk enjin petrol.

Selain dari fakta di atas perkara yang saya rasa menarik sekali ialah model Countryman ini bakal digunakan untuk penampilan semula Mini dalam WRC. Iya, selepas 40 tahun senyap sunyi Mini akan kembali berlumba dalam WRC. Dalam sejarah Mini pernah menang Rali Monte Carlo pada tahun 1964, 1965 dan 1967 dipandu oleh otai Paddy Hopkirk, Timo Makinen dan Rauno Aaltonen. Mini juga turut memenangi banyak rali di tempat lain dan Kejohanan Rali Eropah pada tahun 1965.

Mini Countryman WRC dibangunkan oleh Prodrive dan akan bertanding mengikut format baru WRC iaitu kategori Super 2000. Enjin 1.6 turbo 4WD Jo!

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

  1. finally ada 4 pintu.. he he he

    • Sekeru Longgaq on September 7, 2010 at 8:41 am
    • Reply

    harga 4 pintu brape plak,harga 2 pintu dah bleh beli umah.jadilah macam sepat naik myvi je

    • e-pi on September 7, 2010 at 9:12 am
    • Reply

    kalo sampai m’sia,confirm mahal punya…cukai merepek…

  2. ni kalo gua jual myvi gua pun blom tentu leh bayar downpayment untuk kete ni…

  3. gua nak make up kancil gua jadi mcm ni rasa2 masuk akal tak?

    • gt-apex on September 7, 2010 at 11:10 am
    • Reply

    harge di rase mahal tak? kalau murah bleh tred in gan kancil nak gak kete ni

  4. Sepat…boleh aja donk…asal ade ongkosnya…gua penah tgk dlm satu majalah saing MK…kelisa jadik cam MINI..menarik..

    • C27 on September 7, 2010 at 12:47 pm
    • Reply

    ah ekon kancil sepat panas…kehkehkeh..kena buat convertible punya boleh kot

    • 5ruz on September 7, 2010 at 5:09 pm
    • Reply

    Timo Makinen ni ada kene mengene dgn Tommi Makinen ke….

  5. dorg sepupu sepapat la tu…keh…keh…keh…main bedal jer

    • azwan nbs on September 8, 2010 at 6:43 am
    • Reply

    sedara sebelah sepupu punye sepapat kot….??

  6. Helo geng. Gua taw. Mini lawannya kereta kebal.

Kata Anda//