Minggu Lotus: Eterne 2015

Lotus Eterne.02

Pernah dengar Lotus Carlton? Kereta ini dilancarkan pada tahun 1989 dengan enjin turbo berkembar berkuasa 377bhp, sangat kuat dan menariknya ialah Carlton adalah kereta sedan empat pintu. Ini menunjukkan Lotus pernah mengeluarkan kereta penumpang dan tidak mustahil untuk mereka mengeluarkannya lagi.

Lotus Eterne.05

Sesetengah peminat kipas-susah-mati memang tidak boleh menerima perubahan signifkan, katanya lari dari tradisi tetapi mana yang mereka mahu, syarikat yang mereka sayang terus hidup atau terpaksa menfailkan kebankrapan dan kemudian terkenang-kenang akan kisah lama. Paling haru terpaksa buang pekerja dan melukut ke bank cari pinjaman. Porsche sendiri pun buat Cayenne, tidak masuk akal pembuat kereta sport hasilkan SUV. Hakikatnya kini Cayenne lebih banyak di atas jalan raya berbanding mana-mana model sport Porsche. Yang penting keuntungan tersebut boleh dilabur semula untuk produk lain sama seperti Proton dengan Inspira, ada untung boleh biaya model-model yang dibangunkan sendiri.

Lotus Eterne.04

Untuk kelangsungan bisnes, Lotus merancang mengeluarkan Eterne – kereta super salon empat pintu pada tahun 2015. Eterne dikuasakan oleh enjin 5.0 liter V8 berkuasa 620ps dengan tork 720Nm. Kereta dengan berat badan 1800kg ini mampu memecut dari 0 km/j ke 100 km/j dalam sama empat saat dengan kelajuan maksimum 315 km/j. Harga anggaran model ini ialah GBP120,000.

Saingan terdekat Eterne adalah Porsche Panamera. Iya, selepas SUV, Porsche keluarkan pula kereta sedan. Kereta sport tidak semestinya dua pintu.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

  1. Gambar first tu nampak macam Aston Martin la plak..Tapi kenapa Lotus tak banyak kat jalan Malaysia??

    • jelapangPadi on 20/11/2010 at 8:55 AM
    • Reply

    betul tu..evo pun 4 pintu gak..

    • belalang_kontot on 20/11/2010 at 11:51 AM
    • Reply

    wira sport gua 4 pintu gak…

    • Basikal buruk on 20/11/2010 at 1:54 PM
    • Reply

    Kenapa Lotus tak banyak atas jalan Malaysia?
    Sebab harga tak banyak macam Myvi…;-)
    Kalau mahal mcm Myvi aku pon angkat satu….

    • azwan nbs on 21/11/2010 at 1:39 AM
    • Reply

    betol tu

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.