Minggu Lotus: Esprit 2013

Lotus Esprit 2013.05

Sebelum Dany Bahar bekerja dengan Grup Lotus, pengurusan lama merancang untuk mengeluarkan dua model ikonik iaitu Evora dan kemudian disusuli Esprit. Evora dikeluarkan dahulu dan memberi isyarat Lotus akan kembali kepada zaman kegemilangannya. Apabila Dany Bahar masuk bekerja perancangan tersebut diperbesarkan dan ini adalah strategi untuk kembali meraih keuntungan selepas berbelas tahun kerugian. Strategi yang betul sebab nak harapkan Proton pikat hati pelanggan Eropah memang mimpi sajalah dan oleh itu lebih baik guna aset sedia ada, tambahan pula margin kereta mewah lebih tinggi dari kereta kebanyakan. Enam model diperkenalkan pada Pameran Kereta Paris iaitu Esprit, Elan, Elite, Elise, Eterne dan Concept City Car [Emas]. Saya mulakan minggu Lotus dengan model Esprit.

Lotus Esprit 2013.06

Lotus Esprit memang ikonik sebab banyak digunakan sebagai prop untuk filem terkenal dan membawa imej macho dan elegan. Model pertama diperkenalkan pada tahun 1975 dengan berat di bawah 1,000 kg berkuasa 160ps dan kemudian dengan varian turbo dan terakhir sekali model V8 pada tahun 1996. Esprit terbaru bakal dikuasakan oleh enjin 5.0 liter V8 berkuasa 160 ps dengan konfigurasi MR. Donato Coco adalah ketua pereka Lotus dan kereta British ini banyak dipengaruhi gaya Itali. Pada pandangan depan dan sisi kita boleh nampak bayangan kereta berkuasa tinggi Itali manakala bahagian belakangnya sangat menonjol dengan ekzos dual di bahagian tengah. Saya tak pasti dengan desain sebegini, ianya samada anda suka atau tak suka terus [love or hate]. Pada bahagian interior pula rekaannya moden dan minimalis dengan kluster instrumen digital dan trim gentian kaca berselerak dalam kabin.

Lotus Esprit 2013.02

Kelajuan maksimum Elite dijangkakan 330 km/j dan pecutan dari pegun hingga 100 km/j sekitar 3.4 saat, menjadikannya antara kereta produksi terpantas dunia. Esprit bakal dijual dengan anggaran harga GBP 110,000 dan akan dikeluarkan pada tahun 2013. Ayat terakhir dalam siaran akhbar yang saya terima ialah “Esprit bukan setakat evolusi tetapi pendefinisian semula.”

Masih awal dan saya pun tak pasti sama ada Elite bakal mengganti Murcielago berpeleseran di sekitar KL atau bandar besar lain di dunia.

Sumber: Lotus

-Mak Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. Proton x da plan ke utk Rebatch Lotus pki name Proton kat M’sia nih,dpt murah sket…. Lotus ni boleh dikire brng buatan M’sia ke…???

  2. 1 step utk proton maju kalo proton amek lotus ni jadikkan platform utk barisan kereta sport Proton tersendiri..

    eh, neo CPS tu bukan sport dah ke??
    ahaks..

Kata Anda//