Minggu Lotus: Elan 2013

Lotus Elan 2013.08

Kereta kedua untuk minggu Lotus ialah Elan, model yang dijangka mengalihkan pemandu dari kereta prestasi lain kepada kereta ini. Elan adalah antara model ikonik Lotus, mula dikeluarkan pada tahun 1962 dengan model bumbung terbuka dan keseluruhannya mempunyai empat generasi kitaran produk. Untuk pengetahuan sekutu pada tahun 1995 Kia membeli lesen model terakhir Elan untuk mengeluarkan versinya tersendiri iaitu Kia Elan. Model rebadge tersebut diproduksi dari tahun 1996 hingga 1999 dan itulah kali terakhir Elan menjamah jalan raya sebelum ditamatkan perkhidmatannya.

Lotus Elan 2013.02

Pada tahun 2013 nanti Elan akan kembali dengan versi 2 atau 2+2 tempat duduk. Dikuasakan oleh enjin 4.0 liter V6 450 ps dan dengan hanya berat 1,295 kg, prestasinya akan mencabar kereta berkuasa tinggi lain selain dari opsyen hibrid dan teknologi KERS yang diambil dari kereta F1. Kelajuan maksimum Elan ialah 310 km/j manakala pecutan 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 3.5 saat. Transmisi yang digunakan ialah 7 kelajuan DCT dengan kuasa enjin disalurkan kepada roda belakang [RWD].

Lotus Elan 2013.05

Elan direka untuk menjadi kereta berprestasi tetapi mengekalkan praktikaliti, suatu yang memang payah kita nak jumpa dalam kebanyakan model Lotus hari ini. Mobiliti keluar masuk kereta memang gagal. Bahagian luaran Elan direka seperti atlet berbadan sasa dengan keseimbangan yang sempurna. Sasaran Lotus ialah untuk kereta ini sempurna di dalam dua keadaan sama ada di atas jalan raya atau pun litar perlumbaan. Harga yang akan ditawarkan kepada pengguna ialah sekitar GBP 75, 000.

Sumber: Lotus

-Mak Uia-

Muhammad

3 Comments

  1. Lotus ke arah pembaharuan??

    tp kenapa Semua design Lotus semuanya Hampir-hampir sama??
    model lama pun sama,cuma nama2 je lain

Kata Anda//