Millioncars.my: Nak Beli/Jual Kereta?

MillionCars banner

MILLIONCARS.MY adalah sebuah laman web jual beli kereta tempatan yang baru sahaja dilancarkan. Laman web ini adalah milik syarikat bumiputera sepenuhnya, iaitu Million Cars Enterprise. MILLIONCARS.MY menyediakan sebuah platform bagi pengguna-pengguna Malaysia berurusan dalam urusan jual beli kereta dengan mudah dan berkesan. Bagi mereka yang belum mendengar tentang MILLIONCARS.MY, jangan bimbang! Anda masih belum ketinggalan. Laman web ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan masih dalam mod ujian.

BannerTerdapat dua jenis akaun yang ditawarkan kepada para pengguna iaitu akaun INDIVIDU DAN DEALER. Jika anda mendaftar sebagai ahli atau individu, anda akan menerima 25 kredit percuma semasa pendaftaran. Kredit ini boleh digunakan khususnya kepada pengguna yang ingin mengiklankan kereta milik peribadi.

Jika anda adalah salah seorang pengedar kereta, akaun DEALER adalah pilihan yang tepat untuk anda. Pendaftaran Dealer pada ketika ini masih berada di dalam tempoh promosi dan anda akan menerima 250 kredit percuma ketika berdaftar tanpa perlu membayar sesen pun!

Promosi pendaftaran percuma untuk akaun DEALER akan berakhir pada tarikh 15 November 2010! Untuk pengedar kereta, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini.  Pendaftaran selepas tarikh yang dinyatakan dikenakan bayaran pendaftaran RM29.99. Pendaftaran akaun hanya mengambil masa kurang dari 3 minit dan anda disarankan untuk melakukannya sekarang juga!

Pelbagai kelebihan akan diberikan kepada pengedar kereta yang berdaftar di laman web ini. Pengedar akan mendapat bilik pameran online dan boleh menggunakan Google MAP untuk memudahkan pelanggan mereka untuk mendapatkan arah ke kedai mereka.

Laman web ini masih menyediakan ciri-ciri yang sangat terhad dan tujuannya adalah untuk memberikan kesempatan bagi pengguna untuk menyesuaikan diri dengan laman web tersebut. Ciri-ciri yang menarik akan ditambah dari semasa ke semasa bagi menarik hati pelanggan yang menggunakan laman web ini.

Untuk info lanjut layari FB dan laman web MillionCars.my

____________________

Nota GT: Sila gunakan pinjaman syariah untuk urusan jual beli anda.

Silakan kongsi:

17 comments

1 ping

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 08/11/2010 at 12:38 PM
    • Reply

    agak2 leh leh lawan mudah.my tak?tp rasenye mudah bukan asal malaysia kalo tak silap…

  1. Terbaiklah! Mudah.my milik singaporean sepenuhnya!

    • Made on 08/11/2010 at 2:17 PM
    • Reply

    ak suka bab finance dia,
    boleh caculation road tax,loan payment.

    • kete_hitam on 08/11/2010 at 2:20 PM
    • Reply

    bagus2…

  2. gua ada cadang dulu GT buat mcm ni.. boleh tambah income sikit walaupun tak banyak

    • Made on 08/11/2010 at 3:23 PM
    • Reply

    @sepat ak tau,nanti senang la ko jual keta ko sekalikan.

    • azwan nbs on 08/11/2010 at 4:38 PM
    • Reply

    Nota GT: Sila gunakan pinjaman syariah untuk urusan jual beli anda.

    macam mane tu…
    tlg terangkan skit…

  3. azwan nbs

    maksud dia urusan jual beli gunala islamic loan

    • exJAVANESE on 08/11/2010 at 5:25 PM
    • Reply

    sepat

    ble detail kn ckit x? sya nih mgg xsuka riba2 mlmpau…

    • Normanhuzzer on 08/11/2010 at 5:29 PM
    • Reply

    Bai.. GT ada facebook tak..? search tatak jumpa la..

    • Normanhuzzer on 08/11/2010 at 5:30 PM
    • Reply

    soli…soli… dah jumpa maa….

    • Made on 08/11/2010 at 9:04 PM
    • Reply

    sebenarnye x payah search pun,tekan like kat tepi tu je..

  4. Ok. Kredit pada gua tukang jaga FB. Ekekekek. Jual kereta komisyen gua 90% ok. Terima kassseyyy!!!

    • azwan nbs on 09/11/2010 at 12:24 AM
    • Reply

    tak ikhlas matpon…
    tak baek tau…
    dose…

  5. Aku baru je guna mudah.my…

    Bayar RM20 ringgit utk SATU featured iklan, tp takdelah dapat banyak call dari website tu. Buat kaya orang singapore je.

    Harap2 MillionCars ni dapat membantu.

  6. skrg ada banyak offer dari islamic loan.. cuba search sbb aku pun masa beli myvi pakai maybank islamic.. hehe

  7. Kalau mau cari/jual kereta, boleh mari ke http://www.carlist.my. Kami ada lebih daripada 28,000 kereta. Macam-macam kereta pun ada. Website milik orang Malaysia juga. =)

  1. […] Geartinggi.com […]

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.