Millioncars.my: Nak Beli/Jual Kereta?

MillionCars banner

MILLIONCARS.MY adalah sebuah laman web jual beli kereta tempatan yang baru sahaja dilancarkan. Laman web ini adalah milik syarikat bumiputera sepenuhnya, iaitu Million Cars Enterprise. MILLIONCARS.MY menyediakan sebuah platform bagi pengguna-pengguna Malaysia berurusan dalam urusan jual beli kereta dengan mudah dan berkesan. Bagi mereka yang belum mendengar tentang MILLIONCARS.MY, jangan bimbang! Anda masih belum ketinggalan. Laman web ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan masih dalam mod ujian.

BannerTerdapat dua jenis akaun yang ditawarkan kepada para pengguna iaitu akaun INDIVIDU DAN DEALER. Jika anda mendaftar sebagai ahli atau individu, anda akan menerima 25 kredit percuma semasa pendaftaran. Kredit ini boleh digunakan khususnya kepada pengguna yang ingin mengiklankan kereta milik peribadi.

Jika anda adalah salah seorang pengedar kereta, akaun DEALER adalah pilihan yang tepat untuk anda. Pendaftaran Dealer pada ketika ini masih berada di dalam tempoh promosi dan anda akan menerima 250 kredit percuma ketika berdaftar tanpa perlu membayar sesen pun!

Promosi pendaftaran percuma untuk akaun DEALER akan berakhir pada tarikh 15 November 2010! Untuk pengedar kereta, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini.  Pendaftaran selepas tarikh yang dinyatakan dikenakan bayaran pendaftaran RM29.99. Pendaftaran akaun hanya mengambil masa kurang dari 3 minit dan anda disarankan untuk melakukannya sekarang juga!

Pelbagai kelebihan akan diberikan kepada pengedar kereta yang berdaftar di laman web ini. Pengedar akan mendapat bilik pameran online dan boleh menggunakan Google MAP untuk memudahkan pelanggan mereka untuk mendapatkan arah ke kedai mereka.

Laman web ini masih menyediakan ciri-ciri yang sangat terhad dan tujuannya adalah untuk memberikan kesempatan bagi pengguna untuk menyesuaikan diri dengan laman web tersebut. Ciri-ciri yang menarik akan ditambah dari semasa ke semasa bagi menarik hati pelanggan yang menggunakan laman web ini.

Untuk info lanjut layari FB dan laman web MillionCars.my

____________________

Nota GT: Sila gunakan pinjaman syariah untuk urusan jual beli anda.

Muhammad

18 Comments

  1. agak2 leh leh lawan mudah.my tak?tp rasenye mudah bukan asal malaysia kalo tak silap…

  2. Nota GT: Sila gunakan pinjaman syariah untuk urusan jual beli anda.

    macam mane tu…
    tlg terangkan skit…

  3. Ok. Kredit pada gua tukang jaga FB. Ekekekek. Jual kereta komisyen gua 90% ok. Terima kassseyyy!!!

  4. Aku baru je guna mudah.my…

    Bayar RM20 ringgit utk SATU featured iklan, tp takdelah dapat banyak call dari website tu. Buat kaya orang singapore je.

    Harap2 MillionCars ni dapat membantu.

Kata Anda//