Mercedes-Benz Catat Sejarah – Peneraju Pasaran Kereta Premium Di Malaysia dan Dunia Untuk Tahun 2016

Mercedes-Benz 2017.02

Tahun 2016 merupakan tempoh yang mengembirakan buat Mercedes-Benz Malaysia (MBM) apabila syarikat itu mengungguli jualan segmen premium tempatan. Mercedes-Benz telah mencatat jualan sebanyak 11,779 unit kenderaan pada tahun lalu dengan 9% peningkatan jualan berbanding 2015. Syarikat dari Jerman itu memegang 2.4% pasaran premium tempatan dan kekal di kedudukan teratas. Bukan setakat menjual, MBM juga telah menyelenggara sebanyak 100 ribu unit kenderaan dan mencatat skor tertinggi di dalam Indeks Kepuasan Pelanggan dalam sejarahnya.

Mercedes-Benz 2017.05

Mercedes-Benz yang menyambut ulang tahun ke 130 bukan sahaja menguasai pasaran premium tempatan malah menjuarai segmen yang sama di dunia. Di peringkat global, Mercedes-Benz telah menjual lebih 2 juta unit pada tahun 2016.

Strategi syarikat adalah ringkas, iaitu Memberikan Kenderaan Terbaik dan Pengalaman Pelanggan Terbaik kepada mereka yang membeli kenderaan Mercedes-Benz.

Pencapaian jualan yang tinggi berjaya diperoleh melalui sejumlah pelancaran pada tahun 2016 iaitu sebanyak 17 model yang bermula dari model laku keras seperti Mercedes-Benz E-Class dan barisan kereta impian seperti Mercedes-Benz C-Cabriolet dan Mercedes-Benz S Coupe.

Mercedes-Benz 2017.04

“Prestasi yang memberangsangkan ini disumbangkan oleh pelancaran sejumlah kenderaan dan kualiti servis terbaik dan insiatif gaya hidup yang kami laksanakan, kesemua ini mempunyai objektif yang sama iaitu memberi pengalaman yang sama kepada pelanggan yang telah terbukti dikenali dan disenangi,” kata Dr Claus Weidner, Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia.

Kereta penumpang yang dipasang di Kilang MBM Pekan, Pahang iaitu Mercedes-Benz C, E dan S Class mencatat jualan kolektif sebanyak 7,750 unit. Kilang MBM Pekan digunakan untuk memasang 8 model iaitu Mercedes-Benz C180 Avantgarde, C200 Exclusive, C200 Avantgarde, C250 AMG, E-Class baharu, S400h AMG, GLC250 AMG dan model plug-in hibrid pemasangan pertama tempatan iaitu Mercedes-Benz C350e.

Mercedes-Benz 2017.03

Sepanjang 2016, kilang MBM Pekan telah memasang 7,882 unit iaitu peningkatan sebanyak 2.2% berbanding tahun sebelumnya.

Model kompak seperti Mercedes-Benz A-Class, B-Class, GLA dan CLA terjual sebanyak 2,316 unit manakala barisan SUV pula sebanyak 1,671 unit. Sebahagian jualan SUV disumbangkan Mercedes-Benz GLC iaitu dengan 1,421 unit terjual diikuti GLE sebanyak 250 unit.

Model paling laris ialah Mercedes-Benz C-Class sebanyak 4,762, E-Class sebanyak 2,034 manakala S Class pula 954 unit. Portfolio kereta impian Mercedes-Benz pula mencatat angka 301 unit jualan.

Mercedes-Benz 2017.07

Khidmat lepas jualan juga mencatat prestasi memberangsangkan dengan 108,226 unit kenderaan telah diservis yang juga diakui cemerlang oleh pelanggan apabila memperolehi skor kepuasan pelanggan (CSI) paling tinggi dalam sejarah.

Prestasi jualan di rantau Asia Pasifik juga cemerlang dengan peningkatan jualan sebanyak 19.3% berbanding 2015 atau bersamaan 734,169 unit. Malaysia adalah penyumbang peratusan terbesar kepada rekod tersebut berbanding negara Asia Pasifik lain seperti Jepun (+3.5%), Korea Selatan (+25%), Australia (14.8%) dan Taiwan (17.4%).

*Jumlah angka masih belum diaudit dan tertakluk kepada perubahan.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.