Mean Green: Kepala Lori Volvo Hibrid!

Volvo Mean Green.04

Mean Green adalah nama gelaran untuk kepala lori yang dibina oleh staf Volvo Trucks. Paling menarik kepala lori ini menggunakan enjin hibrid dan dirancang untuk memecahkan rekod kelajuan dunia. Pemandunya bukan calang-calang iaitu Boije Overbrink, beliau adalah pelumba lori popular Eropah.

Untuk info sekutu, Overbrink adalah pemegang rekod dunia pada tahun 2001 dan 2007. Pada bulan November 2007 Overbrink memandu trak Volvo Nh16 warna merah dengan gelaran The Wild Viking pada kelajuan purata 158.829 km/j. Selepas rekod tersebut beliau berjumpa dengan Staffan Jufors, Presiden Volvo Trucks dan dari situlah timbulnya idea untuk membina trak hibrid paling laju atas muka bumi.

Volvo Mean Green.01

Selang beberapa tahun dengan pelbagai peristiwa trak ini separa siap. Senarai modifikasinya pelbagai seperti gandar depan yang diringankan dari 100kg kepada 57kg kemudian set gear untuk gear pertama dibuang dari kotak gear dengan penjimatan 7kg. Wayar-wayar elektrik juga dirombak dan dari situ saja dapat buang hampir 6kg. Bila bercakap pasal pelumbaan, joki juga penting dan Ovebrink sendiri diarahkan untuk mengurangkan berat badan sebanyak 20kg dan setakat ini sudah berjaya capai separuh daripadanya.

Volvo Mean Green.02

Pada 9 Jun lepas Overbrink menguji Green Mean dan kelajuan yang dicapai sekali lagi berjaya memecahkan rekod dunia dengan kelajuan purata 166.7km/j dan kelajuan maksimum 260km/j. Selepas rekod tersebut dicatat enjin Mean Green dirombak semula untuk dijadikan hibrid. Enjin standard trak ini ialah 16 liter [16k!] 700hp dengan turbo berkembar dari Volvo Penta. Kuasanya kini ialah 1900hp! Itu tak cukup lagi, kotak gear asal ditukar kepada kotak gear I-Shift yang lebih sesuai untuk perkakasan hibrid iaitu motor elektrik. Motor ini menambah 200hp dan 1100 Nm dan hasilnya trak meluru macam peluru dalam keadaan senyap sehingga 60 km/j dan dari situ barulah enjin diesel standard mula berkuasa dan Overbrink menggunakan gear kesembilan!

Volvo Mean Green.03

Trak hibrid Mean Green sudah siap dan akan diuji pada bulan ini dan perlumbaan sebenar akan dibuat pada tahun depan. Memang raja segala drag!

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

6 Comments

  1. macam mana la tahap aerodinamik(btl k ak tulis ni) lori ni.
    nanti boleh la pasang sayap pari-pari.

Kata Anda//