Mazda6 Laku Dua Juta Unit!

Mazda6.01

Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan jualan kumulatif global Mazda6 setakat Ogos telah mencapai dua juta unit. Pencapaian ini diraih dalam masa lapan tahun enam bulan sejak produksi bermula pada Februari 2002 di kilang Hofu 2, Yamaguchi.

Mazda6 adalah kereta sedan medium dengan rekaan sporty dan model generasi pertama memenangi 130 hadiah permotoran global. Mazda6 generasi kedua pula diperkenalkan pada tahun 2007 dan pada tahun 2009 model Eropah memperolehi skor lima bintang dari Euro NCAP.

Mazda6 memang cantik dan saya akan menoleh dua kali jika terserempak dengan kereta ini. Desainnya lebih muda berbanding Honda Accord atau Toyota Camry, tidak tipikal Jepun.

Di bawah adalah batuan masa Mazda6 untuk pengetahuan bersama.


First generation Mazda6

February 2002 Production begins at Hofu Plant No. 2
May 2002 Sales start in Europe and Japan
October 2002 Production begins at AutoAIliance International (AAI)
March 2003 Production begins at FAW Car Co., Ltd. (FCC) in Changchun
March 2004 Production of Mazda6 5-door Sports and Mazda6 Sport Wagon begins at AAI
February 2006 Reaches cumulative global production volume of one million units

Second generation Mazda6

August 2007 Production begins at Hofu Plant No. 2
October 2007 Sales start in Europe
January 2008 Sales start in Japan
July 2008 Production of models for North America starts at AAI
April 2009 Production of models for China (known as Mazda6 Ruiyi in China) started at FCC

Sumber: Mazda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • pendita_gila on 09/09/2010 at 7:44 PM
    • Reply

    selamat hari raya…naper xde ruangan utk ucap selamat hari raya ni

    • bawang on 09/09/2010 at 11:02 PM
    • Reply

    antara model terbaik yang pernah dihasilkan oleh Mazda Motors

  1. Tapi harga mmg super premium ler hehe

    • belalang_kontot on 11/09/2010 at 1:12 PM
    • Reply

    mazda…em…baii da tolak kan van die?

    • basikal on 12/09/2010 at 9:12 AM
    • Reply

    desain cam gen2 je .tp apsal gen2 tak bape nak blah.

Leave a Reply to basikalCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.