Mazda5 2011: RM150,000!

Mazda5 2011.04

Mazda adalah kereta yang bagus, saya boleh cakap begitu sebab Baii sendiri beli Mazda, jual Mazda dan beli Mazda balik. Sekarang ini dia pandu Mazda Premacy pula. Selain daripada Premacy dia baru beli Perodua Alza, jadi sekarang ini dia ada dua MPV.

Semalam Mazda5 dilancarkan, tidak berapa lama selepas ianya dipamerkan pada pameran kereta Geneva awal tahun ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 1999 hingga bulan Mei 2010 sebanyak 830,000 unit mpv sederhana ini diproduksikan dan menunjukkan bahawa mpv medium ini memang popular.

Mazda5 2011.02

Konsep pembangunan Mazda5 ialah Contemporary Smart Choice yang melambangkan hasrat Mazda untuk menghasilkan mpv yang mesra alam dan untuk setiap ahli keluarga bergembira. Untuk mencapai tujuan tersebut, Mazda5 direka bergaya, dua pintu gelongsor, ruangan interior yang fleksibel dengan kerusi boleh ubah, pemanduan yang lancar dan sporti serta menjimatkan minyak.

Mazda5 2011.01

Bila bercerita pasal Mazda tidak lengkap rasanya jika tidak disentuh falsafah rekaannya. Mazda5 direka berdasarkan bahasa desain Nagare yang bermakna hembusan yang mana diinspirasikan daripada hembusan udara semula jadi seperti pergerakan air dan angin. Mazda5 adalah model Mazda pertama menggunakan konsep ini. Pada bahagian interior, pakejnya kerusinya adalah 6+1 yang mana barisan kedua mempunyai tiga tempat duduk dan jika tidak diperlukan bahagian tengah boleh disimpan dan dijadikan laluan untuk ke barisan ketiga tempat duduk.

Mazda5 2011.03

Menjanakan Mazda5 ialah enjin MZF LF 2.0 berkuasa 142hp pada 6,500 rpm dan 180Nm tork pada 4,500 rpm. Mazda5 yang diimport sepenuhnya ini berharga RM150,000, sangat kompetitif jika dibandingkan dengan Toyota Wish generasi baru atau pun Honda Stream RSZ.

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • cb400vtec on 02/12/2010 at 9:43 AM
    • Reply

    wah…da kuar da mazda corak2 angin..dulu Gt de wat review model nih..klu panel pintu calar ke kemek skit ke xnmpk nih..

    • Joule on 02/12/2010 at 10:21 AM
    • Reply

    Mazda5 ni xbesar sgt eh.. segmen wish/stream ke..?

    • belalang_kontot on 02/12/2010 at 1:59 PM
    • Reply

    body beralun2…mampuih tukang ketuk nak ketuk+simen…huhu…

    • belalang_kontot on 02/12/2010 at 2:00 PM
    • Reply

    eh jap.baii bli alza???bia betik…baii, explain sket nape lu beli alza…huhu….

    • bawang on 03/12/2010 at 5:37 PM
    • Reply

    Mazda5 dalam segmen mid size mpv..sebaris dgn honda stream atau toyota wish..harga atas jalan termasuk insurans rm 154,100.00,model c.b.u dari hiroshima jepang

Leave a Reply to belalang_kontotCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.