Mazda MX-5 LE

Mazda MX-5

Untuk makluman sekutu semua kereta 2 tempat duduk paling laku sekali atas muka bumi ialah Mazda MX-5. Dan untuk meraikan produksinya yang ke 20 tahun, Mazda memperkenalkan edisi terhad MX-5. Nama panjangnya ialah Mazda MX-5 20th Anniversary Limited Edition. Punyalah panjang kalau nak isi dalam geran silap-silap 2,3 baris baru cukup.

Sejak tahun 1990, Mazda MX-5 telah terjual sebanyak 850,000 unit dan memenangi 170 anugerah.

Mazda MX-5

Secara peribadinya saya sukakan MX-5 sebab dia tarik belakang [FR], kecil dan comel. Zaman sekarang ini mana lagi nak cari kereta keluar kilang dengan layout FR. Toyota pun dah tak buat untuk kereta entry level macam ini. Mazda MX-5 LE ada 10 ciri tambahan berbanding model standard, antaranya ialah rim 10 spoke 17 inci, lampu kabus, lining krom pada gril, lampu utama dan lampu kabus, roll bar dan strut brace sedondon dengan warna badan. Pada bahagian dalaman pula ada scuff plate pintu dengan logo ulangtahun ke 20 dan nombor siri, karpet dengan logo 20, paddle aluminium, penyaman udara manual dan paling menarik sekali papan pemuka sama warna dengan badan kereta. Warna yang ditawarkan pula adalah True Red, Crystal White Pearlescent dan Aurora Blue Mica.

Mazda MX-5

Enjinnya pula ialah 1800cc dengan kuasa 126ps dipadankan dengan kotak gear 5 kelajuan. Memang raw power. Harganya adalah GBP16,850.

Kereta yang boleh buka bumbung dan FR macam ini memang cool. Kalau rasa malas buka pintu boleh terus lompat saja ke dalam. Barulah ala-ala hero filem Amerika.

Sumber: Newspress/Mazda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

15 comments

Skip to comment form

    • jepangPadi on 21/02/2010 at 9:12 AM
    • Reply

    gua mulo2….
    FR tu…buleh la buat donat…

    • on 21/02/2010 at 9:50 AM
    • Reply

    bkn kata donut nk buat karipap,cekodok,kuih semprit ke..
    mcm2la..jnji kane rajin cket..huahuaa…

    • Han on 21/02/2010 at 9:56 AM
    • Reply

    haha, gua suka keta ni..

    • peminat on 21/02/2010 at 10:15 AM
    • Reply

    aku pun suka …tapi duit dlm poket menafikan minat aku

    • kete_hitam on 21/02/2010 at 12:48 PM
    • Reply

    zoom – zoom….

    • ustaz on 21/02/2010 at 1:16 PM
    • Reply

    ni kalau kat malaysia berapa harga ye? penah nampak org pakai tp model lama sikit

    • Rim sukan sudu on 21/02/2010 at 5:25 PM
    • Reply

    Tarik Belakang memang best giler

    • 5ruz on 21/02/2010 at 6:10 PM
    • Reply

    wira,saga,persona,satria se, anniversary utk ape plak…? Ni klu 1by1 dgn neo cps sape menang agaknya

  1. “Kereta yang boleh buka bumbung dan FR macam ini memang cool. Kalau rasa malas buka pintu boleh terus lompat saja ke dalam. Barulah ala-ala hero filem Amerika”

    dei macha.. jgn buat citer toot hehehe kalau lu lompat masuk ini kereta silap silap seluar lu koyak takpun kaki lu teselit kat spoke steering kekekeke.. jadi hero toot nnt hahaha

    btw..berapa harga kete ni?? gua semenjak dua menjak ni asyik selisih dgn kete cabriolet ni..mazda laa, toyota mrs la.. minat gak model camni.. kawan2 takleh tumpang hahaha.. (awek ok :D)

    • on 22/02/2010 at 12:34 PM
    • Reply

    aku ingat rx7 lagi byk juai…

  2. gua caye kt mazda n nissan je
    len2
    bek beli proton

    i luv my savvy
    promote seh…

    • on 23/02/2010 at 11:15 AM
    • Reply

    Kalo nak tau masa gua keje kat SEGA Sg Wang dulu kete ni buat jadik main game jer…Sape penah try angkat kaki…Yihaaa….

    • azwan nbs on 24/02/2010 at 4:18 PM
    • Reply

    memang cantik kalo buat drift…

  3. kete nih mask dalam bulan 5 tahun nih…harga dalam rm225k untuk model biasa…bukan limited editon…

  4. memang best kete nih….

Leave a Reply to kerusibakulCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.