Mazda MX-5 GT

Mazda MX-5 GT 2011.03

Mazda MX-5 GT ini bukan calang-calang sebab ianya adalah kereta lumba yang bersaing dengan Aston Martin, Lotus, dan BMW pada perlumbaan Britcar MSA British Endurance Championship 2011.

Hanya dengan berat 850kg, Mazda MX-5 GT mampu memecut dari 0 hingga 60 bsj dalam masa 3 saat dengan kelajuan maksimum 160 bsj. Cabaran membina kereta ini adalah untuk meringankannya sehabis mungkin di mana Jota Sport memeriksa setiap skru dan nat bagi menghasilkan MX-5 yang paling ringan dan berkuasa pernah dibina.

Mazda MX-5 GT 2011.05

Selain daripada itu, aspek penting dalam pembinaan kereta ini ialah bagi memastikan ianya tak lari dari prinsip asasnya iaitu pemanduan hebat, seronok dipandu dan kemampuan untuk bersaing dalam pertandingan besar dan pada masa yang sama dengan kos yang masuk akal.

Jota Sport adalah firma kejuruteraan yang membina seterusnya berlumba dengan kereta ini dalam siri 2011 dan mengambil masa 400 jam untuk membina kerangka yang 17 kali lebih kuat dari spesifikasi FIA. Semasa tempoh pembangunan, mereka menghadapi beberapa cabaran seperti penyesuaian suspensi, pemasangan kotak gear 6 kelajuan sequential dan merendahkan enjin. Strategi mengurangkan berat adalah dengan membuang peralatan interior, mengurangkan perkakasan dan merendam kerangka dalam asid dengan hasil 15kg dapat dikurangkan.

Mazda MX-5 GT 2011.04

Enjin MX-5 GT berkuasa 275bhp dengan gear paddle shift, pintu gentian kaca dan tingkap polikarbonat. Pada luaran, kereta ini diwarnakan Spirited Green metalik dan kombinasi warna korporat Jota Sport iaitu jingga dan kelabu.

-Mak/d Uia-

ps: Matpon oh Matpon…

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • pelug on 24/03/2011 at 9:06 AM
    • Reply

    terbaik la jo!!

    • bos on 24/03/2011 at 10:40 AM
    • Reply

    mazda,lu buat gua jtuh cinta lagi!!

    • belalang_kontot on 24/03/2011 at 5:20 PM
    • Reply

    lagi ringan dari tiara tu…pergh….

  1. dulu gua selalu bwk kete ni dlm game je la..kekekeh

  2. ye ye gua masuk keje la ni.

    • drifter 619 on 18/06/2011 at 8:58 PM
    • Reply

    mazda ko lah tg wat aq suke kete

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.