Mazda MX-5: 900 Ribu Unit Di dunia!

Mazda MX-5.01

Jumlah total produksi Mazda MX-5 mencapai 900 ribu unit pada 4 Februari 2011. Pencapaian signifikan ini diperoleh 21 tahun dan 10 bulan selepas pengeluaran skala besar atau paling tepat pada April 1989. Pencapaian ini juga menjadikan MX-5 sebagai kereta sport 2 pintu paling laris di dunia macam goreng pisang panas [atau penapis air MLM atau program Skor A].

Pada era 60 an dan 70 an, sejumlah kereta yang seronok dipandu, ringan, mempunyai pengendalian yang mantap dan bumbung terbuka adalah ciri-ciri yang into. Pada tahun 80 an Mazda mengitar semula falsafah ini dengan menghasilkan MX-5 menggunakan teknik kejuruteraan moden, dan membuktikan yang pemanduan tetap menyeronokkan walaupun pada zaman undang-undang yang semakin ketat dan standard kualiti yang meningkat.

Sehingga hari ini MX-5 adalah model yang kekal dalam barisan produk global Mazda dan orang di sebalik produk lagenda ini ialah Bob Hall, sekarang bekerja dengan Proton.

Sumber: Mazda

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • Han on 05/02/2011 at 9:35 AM
    • Reply

    ada can MX-5 ni jadik model produksi Proton??

    • the123code on 05/02/2011 at 10:09 AM
    • Reply

    Ooooo

  1. Sgt sesuai ni lau buat family car…

  2. Gua tengah fikir kereta ni nak masuk pakai pintu atau gua lompat aje masuk dalam.

    • azwan nbs on 05/02/2011 at 11:15 PM
    • Reply

    nak lagi best lompat dr blkg….

    • exJAVANESE on 05/02/2011 at 11:51 PM
    • Reply

    makUia…
    Gua harap Bob Hall (“biological father” of the MX-5/Miata)dpt mencurahkn sume pglaman beliau dlm proton…kasi daaboom sama proton engineer…sme2 kite tgguuuuu..hihihi

    • yuri on 07/02/2011 at 7:36 PM
    • Reply

    Bob Hall drives a Proton Savvy (WIKIPEDIA)

    bangge gua
    gua xriak
    hnss3…

  3. Dulu masa gua keje kat Sega Satellite Sg Wang Plaza bos gua amik kete ni buat video game jer…perghh…layan …masa tu game ni la yg paling hebat sekali kat Mesia…haha

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.