Mazda BT-50 [Fighter] Baru

Mazda BT-150.01

Pikap moden adalah kenderaan yang versatil. Boleh muat keluarga, angkut barang, jarak kelegaan tinggi dan berenjin diesel. Untuk pengetahuan sekutu harga pikap tempatan adalah realistik sebab pembuat nasional tak ada produk dalam segmen ini. Dalam statistik jualan kenderaan pula boleh dikatakan pikap meraih jualan tinggi dan sebab itu kita boleh tengok ianya silih berganti atas jalan raya baik sama ada di bandar atau di kampung.

Selepas lama menghilang Mazda Fighter atau BT-50 bakal diperkenalkan kembali di Pameran Kenderaan Antarabangsa Australia pada 15 Oktober ini. Bertemakan kenderaan gaya hidup aktif, gayaannya moden berbeza dari imej konvensional pikap.  Model ini direka dari kosong sebagai kenderaan baru sepenuhnya dan kelihatan seperti badan atlit yang berotot di samping kelihatan sporty dan dinamik.

Mengikut pemerhatian saya, ada tiga kategori pembeli pikap iaitu yang jenis pakai untuk kerja lasak akan membeli Toyota Hilux, untuk famili di samping lasak runcit-runcit akan membeli Mitsubishi Triton manakala yang pentingkan penjimatan pula memilih Isuzu D-Max. Mazda Fighter ini pula saya jangka bakal menarik lebih ramai pengguna kereta beralih kepada pikap. Apa pun pandu pikap memang best.

Sumber: Mazda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

  1. Perghh…futuristik sungguh…

    • sepatkatkampung on 14/09/2010 at 9:52 AM
    • Reply

    aik… raya2 ni pun aktif berkarya? gua tgh sodap makan lomang haha

    • C27 on 14/09/2010 at 9:59 AM
    • Reply

    bukan Mak Uia dah oda Triton Lite ke..??

    • belalang_kontot on 14/09/2010 at 10:27 AM
    • Reply

    hoho…bwk pikap mmg bes…teringat 3thn lepas gua sewa ford ranger kat sabah…gua salah jalan, selamba gua panjat divider batu utk u-turn…huhu….

    • 5ruz on 14/09/2010 at 6:48 PM
    • Reply

    Ramai2 pakai pick up la tp tu la maintain sakit woo

    • azwan nbs on 14/09/2010 at 7:01 PM
    • Reply

    smart gak…

  2. Komen gua utk entri ini ialah no komen

    • eten on 14/09/2010 at 11:46 PM
    • Reply

    best ke pikap ni.bole msuk drag ..

  3. brape riban ek??gua mmg dok usha pikap la ni.tp ni terbaek ke jo???

Leave a Reply to C27Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.