Mazda BT-50 [Fighter] Baru

Mazda BT-150.01

Pikap moden adalah kenderaan yang versatil. Boleh muat keluarga, angkut barang, jarak kelegaan tinggi dan berenjin diesel. Untuk pengetahuan sekutu harga pikap tempatan adalah realistik sebab pembuat nasional tak ada produk dalam segmen ini. Dalam statistik jualan kenderaan pula boleh dikatakan pikap meraih jualan tinggi dan sebab itu kita boleh tengok ianya silih berganti atas jalan raya baik sama ada di bandar atau di kampung.

Selepas lama menghilang Mazda Fighter atau BT-50 bakal diperkenalkan kembali di Pameran Kenderaan Antarabangsa Australia pada 15 Oktober ini. Bertemakan kenderaan gaya hidup aktif, gayaannya moden berbeza dari imej konvensional pikap.  Model ini direka dari kosong sebagai kenderaan baru sepenuhnya dan kelihatan seperti badan atlit yang berotot di samping kelihatan sporty dan dinamik.

Mengikut pemerhatian saya, ada tiga kategori pembeli pikap iaitu yang jenis pakai untuk kerja lasak akan membeli Toyota Hilux, untuk famili di samping lasak runcit-runcit akan membeli Mitsubishi Triton manakala yang pentingkan penjimatan pula memilih Isuzu D-Max. Mazda Fighter ini pula saya jangka bakal menarik lebih ramai pengguna kereta beralih kepada pikap. Apa pun pandu pikap memang best.

Sumber: Mazda

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. hoho…bwk pikap mmg bes…teringat 3thn lepas gua sewa ford ranger kat sabah…gua salah jalan, selamba gua panjat divider batu utk u-turn…huhu….

Kata Anda//