Jan 28

Mazda 5 2010: Kacak Betul MPV Ni!

P1J04499s

Sejak kebelakangan ini minat saya terhadap produk Mazda main kuat, mungkin dah bosan dengan jenama Jepun lain agaknya. Kalau tengok Mazda6 2.5 merayap atas jalan tu memang kacak saja nampak. Tak hairanlah kereta Mazda sekarang ini banyak betul menang anugerah, samada di Jepun ataupun peringkat antarabangsa. Sekutu jangan tak tahu, si Baii tu dia ada MPV Mazda, memang tak pernah dibuat orang tapi mestilah ada sebab dia beli MPV tersebut kan.

Mazda Motor Corporation akan memperkenalkan kepada dunia Mazda5 [Premacy di Jepun] serba baru pada Pameran Motor Geneva bulan Mac akan datang.

P1J04503s

Mengambil konsep dinamik dan elegan desain Nagare baru, Mazda5 ini dikatakan 15 peratus kurang karbon dioksida berbanding model sediada. Kelebihan tersebut dicapai kerana teknologi “i-stop”, enjin GDI dan beberapa teknologi lain. Tetapi yang paling menarik minat saya adalah desain dia ni yang memang tahap alam semesta. Tak pernah dibuat orang lagi pada bahagian tepi ada 4 garisan, memang bergayalah. Ini semua mengikut konsep Nagare yang bermaksud tiupan atau hembusan. Katanya model-model lepas ni semuanya nak ikut konsep Nagare. Selain dari itu hasil desain tersebut turut membantu dari segi daya seretan dan angkatan.

P1J04501sP1J04500s

Pintu MPV ini jenis gelongsor pada 2 sisi badan dan kerusi dia pula jenis karakuri yang mana kerusi barisan kedua boleh diubahsuai untuk simpan barang. Enjin yang ditawarkan pula ada dua iaitu 2.0 dengan gear manual enam kelajuan dan 1.8 juga manual enam kelajuan.

Saya syak MPV ini dijual di dalam negara tahun depan.

Sumber: Mazda

-Mak Uia-

ps: Desain dia lagi cantik dari Stream dan Wish baru.

Silakan kongsi:

23 comments

Skip to comment form

    • Rotary on January 28, 2010 at 11:17 pm
    • Reply

    tgk dari depan memang rupa mazda….tapi apahal ble tgk dari tepi cam ade rupa2 exora…x tau la kot mata aku yg tgk x btol….tp memang terbaek jek….agak2 bole sumbat 13B REW x?

    • carragher27 on January 28, 2010 at 11:23 pm
    • Reply

    gua harap pihak Bermaz terus mempromosikan jenama Mazda ni.. sumpah kalau gua ada duit, memang gua booking dah Mazda 3 tu buat gi keje

    • yeh on January 29, 2010 at 12:21 am
    • Reply

    yes….kuar je keta neh…aku nk booking 1

    • exJAVANESE on January 29, 2010 at 12:28 am
    • Reply

    Gile makuia..
    cntik gile silhouette side profile die tu…
    agak nye, cnela desiner die wat data pakai alias ngn cathia kan mak…?
    fuhhh…
    klu la dierg bjya wat production nih…gernti gempak mak!!!

    • strokeboi on January 29, 2010 at 10:18 am
    • Reply

    cantik & unik, tp skali kemek, menangis apek kedai ketuk nk wat blk, alamatnye kene tukar trus la.hu…. $$$$$

    • on January 29, 2010 at 11:07 am
    • Reply

    Kebanyakan MPV sama dari ruang bumbung ke lantai sebabnya data penumpang adalah lebih kurang sama. Jadinya pereka tak boleh nak main sangat kat situ. Kalau kita tengok Wish, Grandis, Exora lebih kurang sama kecerunan bumbung dan rekabentuk bumbung.

    Cuma yang membezakan identiti masing-masing adalah pada bahagian depan, belakang dan profail sisi. Kalau kita tengok Exora dan Alza depan dia agak progresif tapi tepi dan belakang agak basik.

    Jadinya pereka Mazda ni berjaya memprogresifkan profail sisi yang dikesinambungkan dari depan Mazda5 ni.

    Susah nak buat desain macam ni, banyak kena guna eksperimen lepas tu pula vendor panel yang mungkin agak pening, macam mana nak setting stamping machine buat lekuk-lekuk macam tu. Tapi dengan teknologi sekarang boleh punya.

    Pasal nak ketuk pula rasanya tak jadi masalah sebab pomen sekarang main tukar panel terus dan kalau nak ketuk pun rasa ok kot, janji pergi kedai yang teliti.

    Kalau dapat tengok depan mata baru sedap ni. Tapi desain ni ke hadapan sangat, tak tau konsumer boleh terima ke tidak.

    Contoh desain Proton yang progresif: Gen.2 dan Savvy.

    • exJAVANESE on January 29, 2010 at 12:14 pm
    • Reply

    haha…btul tu mak..
    mgg xmusthil nk bt suface ngn teknologi skg ni…tpi jgn tekjtla klu harga kete ni jdik mahl…sbb nk counter blik investment mse diorg RnD dri alias, cahtia data smpaila ke prosess nk design die pnya mole machine stamping tu…

    penat gakla klu nk tekel alias data suface die nih…hihihi…
    tpi, xmustahil kite designer rakyat malaysia ble bt!!

    • 6posen on January 29, 2010 at 2:50 pm
    • Reply

    mhl la bro…..gua x mmpu………..tp design cntik a…

    • mdfrd on January 29, 2010 at 3:03 pm
    • Reply

    Mazda 5 sekarang takde blower belakang. Hi-Ace aku lagi best rasanya sebab ada blower belakang sampai beku anak-anak aku. Kalo Mazda 5 baru ni ada air-cond, lagi best ooooo…
    Bila gi solat Jumaat dengan kawan aku naik Wish dia, berebut taknak dok belakang sebab panas. Tapi, kalo Hi-Ace aku, mereka tak kisah dok mana pun kecuali atas bumbung, bawah Hi-Ace… so, rupa cantik adalah akan lagi best bila ada blower…

    • 5ruz on January 29, 2010 at 3:25 pm
    • Reply

    agk2 beso dia ada mcm wish dgn stream x..? Atau beso dia mcm estima dgn elgrand..? Tp pe2 pun mpv buatan m’sia exora dgn alza aku rela amk exora besar,luas & stabil…!(lotus handling la katakan)

  1. bape riban bro rege dia?

  2. tp apsal kuar manual jek..auto xde ke?x nmpak cam kaya la bwk manual..ke gua dh salah paham ni.

    • azwan nbs on February 3, 2010 at 5:52 pm
    • Reply

    bukan cam tu…kalo bwk auto baru nampak kayo berbanding manual….

    • azwan nbs on February 3, 2010 at 5:53 pm
    • Reply

    tak main la pijak2 klac….nampak ketara tul….

    • anon_nimbus on February 4, 2010 at 1:26 am
    • Reply

    cun..cun..dah boring tengok alphard je…

    • bawang on February 27, 2010 at 3:55 pm
    • Reply

    mazda 5 nih dalam kategori mid size mpv…kiranyer sama saiz dgn toyota wish n honda stream…dia ada blower belakang..pintu tengah pakai elektrik,leh control dari tempat driver atau dari remote…karakuri seat nih…kita boleh ubah 2nd row seat dari 3 seater ke 2 seater…memang terbaik,handling lagi best dari wish…aku pernah drive 2-2 model nih..wish body cam ringan skit bila time corner,x caye try wat test drive…current model skrg dijual dlm 153 otr…model baru nih aku agak2 tahun depan baru masuk malaysia…

    • suhaimi on June 4, 2010 at 4:02 pm
    • Reply

    Peeeighh !!!! dahsyat… Kacak gilaaakkkk kata orang sarawak. harganya ….. Mak oiii!! harganya above RM200 ribu. RM200 ribu rupiah aku ada laaa.. Baik aku bei banglo kat kg aku.

  3. @Joe O
    Dalam artikel gua, dah banyak kali cerita pasal perkembangan desain Honda. Macamana diaorang kitar semula desain-desain model lama.

    • ak47 on September 25, 2012 at 9:31 am
    • Reply

    gua dh masuk dlm mazda5 2012 nih…pergh….syok giler sampai bini gua suruh angkat terus…maybe next year kot…dgn GPS, skrin blkg headrest, sliding doors n engine 2.0 mmg sesuai bg yg jln jauh cam gua ni..tp lain org lain taste,cuba sdri br tau..

    • budin on December 8, 2012 at 5:07 pm
    • Reply

    esok nak try gTgk kat showroom.

    • budin on December 8, 2012 at 5:07 pm
    • Reply

    esok nak try gTgk kat showroom.

    • nor on September 23, 2013 at 1:24 am
    • Reply

    hai..bro2 sekalian..saya agent mazda kt ttdi..klau nak tau psal mazda 5 ni..meh la testdrive skali ..rasekan sndiri mcm ne handling and suspension dia..skrg rebate baik pyr..pm ler saye ye..or email kt viva_dva@hotmail.com..tq

    • zan on May 30, 2015 at 4:13 pm
    • Reply

    Mazda5 berbanding dgn ford s-max mana lg ok ?

Kata Anda//