Majalah KERETA 123!

Majalah KERETA 123

Majalah KERETA paling baru sekali dah keluar! Sedar tak sedar dah edisi 123 rupanya, one..two..threee…two and three.. I love you.. You Love Me?! Teringat pula gua Salleh Yaakop nyanyi lagu dalam cerita apa tah. Macam bulan lepas gua bagi down payment sket apa Baii tulis…

___________________________________________________

Kisah Pembakar Roti Saya

Masa mak saya kawin dengan bapak saya dulu, mereka telah membeli TV bewarna jenama Sharp. Masa tu saya belum lahir, TV bewarna memang gempak habis kat Kem Askar Tambun, Ipoh. Sehingga beberapa tahun lepas, kebanyakan perkakasan elektrik di rumah kami adalah dari generasi sewaktu bapak saya seorang askar. Itu adalah peralatan tahun 70-an dan 80-an yang mana termasuklah sebuah kipas meja dan sterika National, dapur memasak dan peti sejuk Zanussi dan pembakar roti National. Selain daripada TV yang rosak tak menghasilkan warna selepas 30 tahun digunakan, hanya kipas dan peti sejuk sahaja yang terpaksa ditamatkan perkhidmatannya. Bukan kerana bahagian elektrikalnya rosak, tapi kerana fizikal karat besi. Encik kipas meja itu pula bergoyang tak ingat sebab casisnya yang semakin lemah. Motornya? Boleh hidup lagi sampai hari ini.

Itulah berkenaan dengan barang-barang dulu dan barang sekarang. Saya masih terbayangkan sterika National di rumah mak yang sebarat 3.4 tan bila melihat sterika saya di rumah pagi tadi. Di pagi raya beberapa tahun lepas, mak saya masih menggunakan sterika yang sama, wayarnya dibalut dengan penebat hitam fabrik. Kalau ingatan anda jelas pada zaman retro klasik, kebanyakan wayar zaman itu direka begini. Tak payah pegang, tengok pun dah tahu jenis memang tahan lama. Berbeza dengan peralatan hari ini, sterika di rumah saya adalah unit yang ketiga kalau tidak silap saya dalam masa dua tahun. Dan ia adalah jenama Jepun yang sepatutnya boleh dipakai sampai mati, Kenwood dan Panasonic.

Begitu juga halnya dengan pembersih vakum hampagas di rumah saya. Unit pertama ialah Sharp, yang kedua Electrolux, tak sampai setahun dah mula buat hal. Pembakar roti pula hampir sama, prestasinya jauh ketinggalan kalau bandingkan dengan pembakar roti zaman mak ayah kita dulu. Ibarat Viva lawan Skyline.

Jadi apa kaitannya dengan kisah ini dengan majalah KERETA. Adakah saya terikut-ikut dengan stail Impiana? Anjung Seri?

_________________________________________________

Hah..lu orang baca habis kat sini: Gua janji lepas ni gua akan beli 3 MK, 1 letak ruang tamu, 1 dalam kereta lagi 1 dalam bilik tidur!

Ok, selesai kerja gua. Apa-apa hal interkom gua nanti gua balas.

Take care and Babai!

-Matpon-

Silakan kongsi:

22 comments

Skip to comment form

    • jelapangPadi on 02/03/2010 at 10:13 AM
    • Reply

    wahhh…gua first..
    syhhhh…diam2..wa xbeli lagi in mk…

    • giloketo on 02/03/2010 at 10:58 AM
    • Reply

    gua sokong yg 2…serupa mcm meja mkn..meja makan dah sm umor ngan usia mak bpk aku kawen…29 thn….mcm starlet ngan kancil…

    • pendita_gila on 02/03/2010 at 11:41 AM
    • Reply

    ahhh tiap2 bulan lmbt sampai kat kedai…
    abis pakcik kedai kene maki ngan gua

    • carragher27 on 02/03/2010 at 1:12 PM
    • Reply

    gua dah kirim kat budak pejabat gua suruh carik kedai mamak..

    • Sekeru Longgaq on 02/03/2010 at 2:02 PM
    • Reply

    MK kat kedai mamak kaw gua blm ada lg..

    • pendita_gila on 02/03/2010 at 6:55 PM
    • Reply

    gua dah beli huuhuhu

    • satria_standard on 02/03/2010 at 7:56 PM
    • Reply

    woo..dah kluar sudeyy…

    • kete_hitam on 02/03/2010 at 8:11 PM
    • Reply

    bln lepas punya pon x sempat nak baca sampai habis….

  1. wah!! agak cepat bulan nie… besok gua usha kedai yang berdekatan.

    • wira EIII.. on 02/03/2010 at 10:37 PM
    • Reply

    waaaa….esok jugak wa carik kedai mamak jual mk..estima kunin ni wa penah tgk kat bangi..memang smart..esok nak beli estima skali la…

    • jeremy_kapur on 02/03/2010 at 10:42 PM
    • Reply

    persatuan lori hantar majalah pn mogok mcm pengimpot ikan jugak ke? MK xsampai lg kt tmpat gua..

    • Pancit on 02/03/2010 at 11:39 PM
    • Reply

    Kt kerteh ni aku x jmpa pon kdai yg jual mk ni.ssh btol nk carik.kt kpg aku besepah je.apsal ha?xkn nk blk kpg beli kot.

    • on 03/03/2010 at 12:49 AM
    • Reply

    Sapa yang tak puas hati dgn kedai kawasan sewaktu dengannya lu orang boleh buat petisyen dekat petition.com ke apa tah, tapi satu hal gua pun tak baca lagi MK. Gua sibuk belajar bahasa Jerman sekarang, Schumacher datang gua nak cakap Jerman sama dia. Mungkin gua boleh ajak dia tidur rumah gua semalam dua.

    • on 03/03/2010 at 1:47 AM
    • Reply

    1,2,3go…sape-lambat-beli-jgn-nyesal..okey..termantop..mcm-matpon..huahua..

    • on 03/03/2010 at 9:20 AM
    • Reply

    Baru smlm gua dpt beli…jauh wooo…gua tinggal kat Selayang tp beli kat Jln Pahang…Depan TAWAKAL sepital

    • zamikaze on 03/03/2010 at 10:15 AM
    • Reply

    dh beli….
    suka myvi hijau itu…
    lalalalala

    • pok mat on 03/03/2010 at 8:47 PM
    • Reply

    ambo tak sempat beli lagi.. argh….

    • satria_standard on 03/03/2010 at 10:20 PM
    • Reply

    AKHIRNYAAAAA…..adoyaiii…kluar gak satria bln ni….dah brapa la daaa satria x masuk kt dlm MK, aku yg bwk satria standard terus semangat membara-bara baca artikel psal satria….owhhh…lg 1, enjin perdana ebo 3 tu mmg mantap..TERBAIK…aku tenung enjin tu dkt 5 min lebey…owner perdana tu mmg high taste..nyum2 😉

    *mat lu mmg gay, ade ke ajak schumacher tdo kt rumah lu sampai 2 harii!! gay!!! ;p

    • Aiman on 04/03/2010 at 1:00 PM
    • Reply

    Bro thanks coz kuar kan kete saye dalam majalah bulan nie..jom jumpe kite gie makan makan lagi..orite..!!..heheh..badaway thanks..!!~

    • azwan nbs on 04/03/2010 at 3:51 PM
    • Reply

    tak beli lagi….dah nak pekse…

    • keretamahal on 08/03/2010 at 12:29 AM
    • Reply

    matponponpon
    tas2010???
    da lpas kan?/
    ade peg x taun nih???
    nk isu khas tas!!
    nk isu khas tas!!
    nk isu khas tas!!
    nk isu khas tas!!
    nk isu khas tas!!

    • keretamahal on 10/03/2010 at 3:23 AM
    • Reply

    tgk liputan brita indon

Leave a Reply to satria_standardCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.