Maersk Tempah Kapal Kontena Terbesar Dunia Daripada Daewoo

Maersk Triple E 2011.25

Entri ini adalah yang pertama mengenai kapal kontena dalam GT. Dalam keghairahan sesetengah daripada rakyat 1Malaysia membandingkan betapa tertinggalnya Proton dengan syarikat Korea hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa negara itu sudah lama bermain dan bernafas minyak dan kejuruteraan. Suka untuk dikongsi bersama sekutu, Lee Myung-bak, Presiden Korea Selatan, adalah antara tenaga kerja yang terlibat dalam pembinaan jambatan Pulau Pinang. Zaman tersebut Proton baru bekerjasama dengan Mitsubishi mengeluarkan Saga manakala Korea sudah pun membina antara jambatan terpanjang dunia. Apa yang ingin disampaikan ialah Korea telah membina asas kejuruteraan berpuluh tahun lebih awal daripada kita dan tidak hairan di mana mereka berada sekarang ini.

Maersk Triple E 2011.22

Maersk Line, pengendali kapal kontena telah menandatangani kontrak dengan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co., Ltd. untuk membina 10 buah kapal paling besar dan efisyen di dunia dengan opsyen tambahan 20 kapal. Dijadualkan untuk diserahkan di antara tahun 2013 dan 2015 kapal-kapal ini dijangka akan mengubah lanskap industri perkapalan dunia.

Maersk Triple E 2011.19

Digelar Triple-E, tiga tujuan utama disebalik pembinaan kapal ini ialah Skala Ekonomi, Cekap Tenaga dan Mesra Alam Sekitar. Kapal kontena ini adalah bukan sahaja lambang penanda aras dari segi saiz tetapi juga mengatasi rekod dalam kecepakan bahan bakar dan emisi Co2 yang kini dipegang kapal Emma Maersk.

Maersk Triple E 2011.24

Bersaiz 400 meter panjang, 59 meter lebar dan 73 meter tinggi, Triple-E adalah kapal paling besar atas air sekarang ini. Kapasitinya ialah 18,000 TEU [kontena 20 kaki] yang bermakna 18,000 kontena half cut boleh dibawa serentak dari Jepun. Muatan ini 16% lebih daripada kapal terbesar Emma Maersk dengan muatan 2,500 kontena.

Sumber: newsmarket

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

  1. Bapok punyer besor kapal ni…boleh bwk masuk halfcut untuk stok setahun wooo…

    • belalang_kontot on 24/02/2011 at 10:31 AM
    • Reply

    tapi malangnya bulan julai adalah mimpi ngeri kepada sekutu yg jadikan halfcut sebagai opis/umah kedua…ape la nak jadi ngan gomen ni…mat uia, johan tilawah al-quran peringkat daerah sendai a.k.a. mat kacau cakap lu ada tuntut ilmu hitam sekarang.pe kate lu gune ilmu tersebut untuk wat pape yang patut kat sesape yg berkenaan supaye halfcut tak dihapuskan…hehehe…

    *p.s:ayat last tu adalah lawak semata2…harap takde yang pertikaikan..kerana tiada tempat yang boleh kita minta pertolongan kecuali Allah…

  2. jangan2 kapal ni tak lepas masuk Pelabuhan Klang..tak cukup dalam kot..

  3. agak2 klau sludup Indon,brape ramai leh muat ni??

  4. Mak UIA : kecepakan @ kecekapan…

    1. terima kasih caparzo

    • azwan nbs on 25/02/2011 at 12:37 AM
    • Reply

    hebat….tapi ape bahan bakar dia….

  5. Mak UIA : same2…saya sendiri pun selalu gak taipo error ni..

    • oldshook on 02/03/2011 at 8:43 AM
    • Reply

    enjin 4 tingkat ni beb

Leave a Reply to belalang_kontotCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.