LUXGEN7 CEO: MPV Mewah Dari Taiwan!

Luxgen7 Ceo.01

Sebelum ini saya pernah menulis mengenai Luxgen, pembuat kereta dari Taiwan. Bisnes kereta kalau kena cara memang menguntungkan tambahan pula di ceruk mana pun orang menggunakan kereta. Memang tidak boleh dipisahkan. Terbaru Luxgen perkenalkan Luxgen7 CEO, MPV mewah untuk pasaran premium.

Luxgen7 Ceo.02

Apa yang membuatkan MPV ini mewah ialah interiornya yang memang berformatkan korporat. Pintu gelongsor sisi Luxgen7 adalah automatik dan bila masuk ke dalam sahaja ruangan pemandu dan penumpang dipisahkan dengan pembahagi seolah-olah macam jet peribadi. Untuk berkomunikasi dengan pemandu disediakan interkom [macam Matpon!] dan kerusi seperti dalam gambar dipanggil Ottoman. Kerusi ini ada fungsi urutan dan pemanas yang tidak perlu duduk pun dah boleh agak keselesaanya.

Luxgen7 Ceo.03

Untuk sistem hiburan, dipasangkan skrin LCD 10.2 inci pada pembahagi pemandu-penumpang manakala pembesar suaranya pula dari jenama JBL. Selain dari itu, meja yang terletak pada perehat lengan boleh dilaras dengan hanya menekan butang dan direka untuk meletak komputer riba. Untuk beg tangan atau barang-barang peribadi boleh disimpan pada pembahagi tengah.

Hebat betul, ada lagi barang-barang mewah yang dimaklum tetapi benda-benda mahal macam ini naik segan bila menulis. Senang cerita Luxgen7 CEO ini memang kereta mewah. Habis cerita.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • Joule on 26/10/2010 at 12:44 PM
    • Reply

    Laku ke kete ni kt sana..?
    Steady je company tu bt kete mahal gini..

    • kete_hitam on 26/10/2010 at 2:00 PM
    • Reply

    mahal sangat ke nih?

    • belalang_kontot on 26/10/2010 at 5:02 PM
    • Reply

    taiwan?huhuuhuhuh

    • basikal on 27/10/2010 at 11:11 AM
    • Reply

    untuk famili tak ble beli,,nanti bila bawak jalan..tak tau apa anak wat kat belakang……..

    • Han on 27/10/2010 at 8:05 PM
    • Reply

    basikal
    gua sokong ayat lu..
    hehehehe..

    • pelug on 29/10/2010 at 7:04 AM
    • Reply

    nie mesti ramai kongsi gelap beli nih

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.