Lotus: Evora S & Evora IPS

Lotus Evora S01

Menjelang Pameran Kereta Paris pada 30 September ini Lotus memperkenalkan dua varian baru Evora, iaitu Evora S dan Evora IPS.

Evora S pada asasnya adalah enjin 3.5 liter V6 yang dipasangkan pengecas lampau [supercharger] dan secara pintas menjadikannya lebih berkuasa dengan kuasa maksimum 350 ps dan tork 400 Nm pada 4500 rpm. Model ini didatangkan dengan pakej sport sebagai standard dan antara ciri-cirinya ialah butang ‘sport’ yang membolehkan pemandu mengawal respon pendikit dan mengaktifkan injap pintasan ekzos. Nota ekzos turut berbeza dan katanya lebih dramatik. Seleksi butang tersebut juga meningkatkan had putaran enjin [rpm] dan menukar talaan kawalan kestabilan dinamik [DSC]. Dan untuk lebih penyejukan pada brek, cakeranya adalah jenis palang dan tebuk.

Lotus Evora S02

Selain dari Evora S, Lotus turut memperkenalkan Evora dengan transmisi automatik. Nama rasminya ialah IPS atau Intelligent Precision Shift dengan enam kelajuan dan kawalan transmisi yang dibangunkan oleh Lotus. Transmisi ini membolehkan pemandu memilih samada paddle anjakan [shift] ataupun mod auto sepenuhnya. Turut dilengkapkan ialah butang Sport dan apabila ditekan pemandu akan lebih merasai setiap tukaran gear dan kawalan sepenuhnya terhadap transmisi. Kuasa Evora IPS adalah 280 ps dengan tork 350 Nm pada 4700 rpm.

Model ini dijangka menarik lebih perhatian pasaran yang tak berapa nak into dengan gear manual.

Sumber: Lotus

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • pak mat tempe on 01/09/2010 at 3:23 PM
    • Reply

    Terbaik

  1. Berape rege sebijik ni?…ingat2 nak order sebijik bawak balik kampaung time raya nnt…hehehe..

    • azwan nbs on 01/09/2010 at 8:08 PM
    • Reply

    apron belakang tu memang cantek betol….
    tunggu proton kuar model ade apron cam gitu…

    • Zeg on 02/09/2010 at 12:29 AM
    • Reply

    Nape Ayat ni macam ayat buku teks kejuruteraan enjin????haha

    • jelapangPadi on 02/09/2010 at 8:43 AM
    • Reply

    zeg,

    stail text tulisan GT memang macam nie,senang dan semua org buleh paham…

    bila lg kita nk memartabatkan bahasa ibunda kita…

  2. JP
    Terima kasih sebab bantu jawab.

    Zeg
    Saya masih lagi bereksperimen dengan stail penulisan baru. Sebabnya kitaorang dah biasa sangat guna bahasa komuniti dan sekarang ini dah sampai masa kita tukar sikit. Tapi rasanya bahasa dalam GT 50-50, tak skema dan tak terlampau tinggi sangat.

    🙂

    • nazri on 06/09/2010 at 5:36 PM
    • Reply

    bgus kuar kn edsi kreta2 malaysia msuk engine eropah..musti gmpak

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.