Lotus Elise Club Racer

Lotus Elise Club Racer 2011.01

Satu kelebihan kereta-kereta Lotus ialah beratnya yang ringan macam kertas bukan kerana penjimatan kos seperti kereta-kereta lain tetapi kerana falsafahnya iaitu untuk laju, ringankannya [to add speed, add lightness].

Baru-baru ini ramai yang skeptik Lotus akan lari daripada falsafah tersebut namun Lotus Elise Club Racer telah membuktikan sebaliknya. Jurutera Lotus telah mendietkan kereta yang sedia ringan ini sebanyak 24kg. Jadi, bagaimana mereka mencapai diet tersebut? Para jurutera telah membuang segala peralatan tidak perlu seperti penebat bunyi selain mengantikan bateri standard kepada yang lebih ringan.

Lotus Elise Club Racer 2011.02

Selain daripada itu, Elise buat pertama kalinya dipasangkan Sport setting untuk DPM [Dynamic Performance Management] bagi memudahkan pemandu kurang berpengalaman untuk merasai pemanduan menyeronokkan dan kalau-kalau rasa tidak perlu, mod ini boleh dipadamkan untuk pemanduan yang lebih raw dan true. DPM yang dikombinasikan dengan kelincahan kenderaan yang ditambah baik hasil daripada suspensi dan palang anti oleng boleh laras menjadikan Elise Club Racer sama-sama sedap sama ada di litar atau pun jalan raya. Elise ini menggunakan gegelung Eibach dan penyerap hentak Bilstein.

Warna Sky Blue pada kereta ini tidaklah nampak garang namun pembeli ditawarkan 5 warna lain iaitu Saffron Yellow, Ardent Red, Aspen White, Matt Black dan Carbon Grey.

Lotus Elise Club Racer 1.6 dijual pada harga GBP 27,500.

Sumber: Lotus

-Mak/d Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. gua rasa diringankan sebanyak 24kg kot…gila 24kg bole angkat simpan dalam rumah elise nie…

  2. bukan berat 24kg laa..didietkan = dikurangkan sebanyak 24kg dari total weight.. kalau 24kg aje myvi gua pun jeles ni .. keh keh keh

  3. sebenarnya berat 2 tong gas itu masih tidak dapat menyaingi berat 2 gula-gula yang dikunyah tapi masam. sekian.

Kata Anda//