Sah Grup Lotus Ke F1, Lotus-Renault GP!

Lotus Renault GP.01

Grup Lotus semalam mengumumkan mereka akan kembali ke Formula Satu dengan nama Lotus Renault GP bermula musim hadapan, hubungan ini bukan suatu yang baru kerana mereka pernah bersama pada zaman 80an dahulu.

Grup Lotus akan membeli pegangan dalam pasukan Renault dan urusan ini bukan sahaja melibatkan formula satu bahkan kerjasama dalam hal-hal teknologi.

Antara faedah yang boleh diraih pada kereta jalanan Lotus ialah teknologi hibrid, Kinetic Energy Recovery Systems [KERS], aerodinamik dan bahan ringan [pembuatan kereta]. Genii, firma dengan porfolio pelaburan teknologi automotif ini turut membawa bersama teknologi bukan formula satu seperti sistem brek ringan, teknologi enjin mampatan boleh-ubah dan sistem perisian komputer dalam kenderaan.

Selain daripada faedah terus kepada Lotus, Genii turut menawarkan kepada Proton peluang-peluang perniagaan di Rusia dan pasaran lain untuk meluaskan capaian global Proton.

Cakap-cakap industri juga menyatakan yang Proton dan Renault sedang berbincang untuk perkongsian platform dan pemindahan teknologi.

-Mak Uia-

Muhammad

7 Comments

  1. klau xsilap aku lh utk musim dpn, lotus racing pun gune wrna “Hitam emas”..
    xgaduh ke nnt… (klau sy salah tolong betul kn)

  2. savvy, waja 1.8 kan pakai enjin renault…pendapat gua la kan, tak perlu kot kongsi teknologi ngan renault lg…takut nnt jadi cam savvy ngn waja 1.8…

    ape kate proton masukkan campro dalam savvy…

    p/s:pendapat gua yg sangat cetek ilmu pengetahuan ni la…

  3. makan duit bro kalo nak buat enjin kecik…
    lagi pon takot tak laku sangat savvy tu nanti…

    semart wooo…
    tunggu je la kete LE drpd PROTON taun depan…

Kata Anda//