Mar 11

Lexus Malaysia perbaharui NX dan perkenal NX Special Edition – RM 318K hingga RM 409K

Lexus NX200t

Setelah dua tahun berada dalam pasaran, Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan beberapa naik taraf kelengkapan dan satu varian baharu NX iaitu NX Special edition. Lexus NX berada dalam segmen SUV kompak premium dan di bawah dua lagi SUV iaitu Lexus RX dan LX.

Lexus NX (kecuali NX300h) dilengkapi enjin 2.0 turbo dengan teknologi Dual Variable Valve Timing with intelligence Wide (VVT-iW).

Untuk model 2017, Lexus tidak melakukan perubahan pada bahagian mekanikal dan tertumpu pada naik taraf kelengkapan sahaja.

Lexus NX200t Special Edition

NX 200t telah menerima beberapa naik taraf kelengkapan tetapi pada harga yang sama. Perubahan yang dilakukan seperti lampu utama LED berbentuk Triple-L, lampu kabus LED dengan nyalaan automatik sewaktu membelok, pengesan hujan yang menghidupkan pengilap cermin secara automatik, roda 18 inci dengan tayar 225/60 R18 dan kunci kad pintar Lexus.

Kad pintar itu berfungsi untuk membuka dan mengunci pintu melalui sentuhan pada pemegang pintu dan juga menghidupkan enjin melalui butang pada papan pemuka.

Peralatan lain ialah bumbung kaca matahari (standard untuk NX 200t Special Edition dan F SPORT) dan Power Back Door (standard untuk kesemua varian).

Varian NX200t Special Edition pula sama seperti NX 200t kecuali warna hitam pada gril, interior, cermin sisi dan rim.

Lexus NX200t Special Edition

Lexus NX ditawarkan melalui lima opsyen warna iaitu Sonic Quartz, Platinum Silver, Sonic Titanium, Graphite Black Glass Flake dan Red Mica Crystal Shine.

Dua warna istimewa iaitu Lava Orange Crystal Shine dan Heat Blue pula khusus untuk model NX 200t F Sport di mana warna Heat Blue menggunakan empat lapisan cat untuk menghasilkan permukaan warna istimewa.

Lexus NX didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan manakala bateri NX 300h pula dengan program jaminan selama lapan tahun.

Lexus NX200t

Lexus Malaysia mempunyai lapan pusat servis di seluruh Malaysia dengan staf teknikal yang dilatih oleh Toyota Motor Corporation.

Di bawah ialah senarai harga Lexus NX di atas jalan (cukai, pendaftaran, insurans dan lain-lain):

  • NX 200t – RM 318,757.93
  • NX 200t Special Edition – RM 320,813.05
  • NX 200t Premium – RM 350,512.29
  • NX 200t Luxury – RM 372,191.05
  • NX 200t F Sport – RM 398,907.61
  • NX300h (hibrid) – RM 409,344.16

Gambar Lexus NX 200t:

Gambar Lexus NX 200t Special Edition:

Sumber gambar: Lexus Malaysia

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.