Lexus IS rupa baharu (facelift) kini dipasaran – Harga bermula dari RM 306K

Lexus IS 200t F SPORT 2017

IS adalah model utama buat Lexus iaitu pengeluar kenderaan premium dari Jepun. Suatu yang istimewa, IS dipacukan oleh roda belakang (FR) yang  kini hanya digunakan oleh beberapa pengeluar kereta dunia sahaja.

IS pertama kali dibina pada lewat 90 an untuk menyaingi BMW 3 Series. Bapa pembangunan IS ialah Nobuaki Katayama yang merupakan seorang jurutera Toyota dan juga bekas pelumba. Beliau turut terlibat dalam beberapa projek lain seperti Toyota AE86 dan juga Toyota Supra.

IS baharu dibangunkan dengan serius di mana rekabentuknya dibuat di Jepun manakala input pembangunan banyak diterima dari Lexus Eropah. Lebih mengujakan Lexus IS turut diuji di litar Núrburgring supaya ia setanding dengan jenama premium lain.

Setelah dilancarkan di Malaysia pada Oktober 2015, Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan Lexus IS rupa baharu (facelift).

Perubahan IS untuk model 2017 tidak besar dan hanya melibatkan naiktaraf kelengkapan sahaja. Bahagian enjin kini dilengkapi teknologi Auto Start/Stop.

Luaran Lexus IS

Lexus IS 200t F SPORT 2017

Bahagian luaran IS 2017 dilengkapi beberapa perubahan seperti gril ‘spindle’, bampar depan dan belakang baharu, lampu utama Bi-LED (tiga kanta untuk IS300h), lampu isyarat depan LED, lLampu belakang (undur, isyarat membelok dan kabus) LED, muncung ekzos krom, roda aloi 17 inci – IS 200t Premium dan IS 300h, roda aloi 18 inci – IS 200t Luxury dan IS 200t F SPORT dengan saiz tayar belakang lebih lebar dan tayar run flat (IS 300h).

Terdapat tujuh pilihan warna badan di mana Heat Blue khusus untuk IS 200t F SPORT.

Interior Lexus IS:

Lexus IS 200t F SPORT 2017

Bahagian dalaman IS dilengkapi skrin electro multi-vision navigation (EMVN) 10.3 inci dengan fungsi dua skrin pecahan, sistem audio Mark Levinson Premium Surround dengan 15 pembesar suara (IS 200t F SPORT dan IS 300h), sistem audio Lexus Premium dengan pemain DVD dan 10 pembesar suara (IS 200t Premium dan IS 200t Luxury), fungsi ENTER dan BACK pada Remote Touch Interface (RTI) di konsol tengah, ‘Joystick’ menukar tetapan di sebelah tombol gear, bekas cawan pada konsol tengah yang direka baharu, perehat lutut baharu, rekaan jam analog baharu, cermin ‘rear view’ tiada bingkai, suis kawalan stereng baharu dan bacaan G force pada instrumen meter.

Pelanggan boleh memilih tujuh warna interior manakala khusus untuk model F SPORT ialah kemasan Wedge Metal dan warna dalaman Black atau Dark Rose.

Ciri keselamatan

Lexus IS dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan canggih seperti 10 beg udara, Lexus Vehicle Dynamics Integrated Management (ABD dengan EBD, Traction Control dan Vehicle Stability Control), Tyre Pressure Warning System (TPMS), Park Assist, Rear View Monitor System, Blind Spot Monitor pada cermin sisi dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA) untuk varian IS 200t Luxury, IS 200t F SPORT dan IS 300h.

Harga dan waranti

Lexus IS 200t F SPORT 2017

Di bawah ialah harga Lexus IS mengikut varian (harga di atas jalan):

  • IS 200t Premium – RM 306,327.21
  • IS 200t Luxury – RM 341,464.25
  • IS 200t F SPORT – RM 376,401.29
  • IS 300h – RM 423,677.00 – turun RM40,000 berbanding sebekum ini.

Lexus IS didatangkan dengan lima tahun waranti Lexus tanpa had perjalanan dan ekstra lapan tahun waranti untuk bateri hibrid Lexus IS 300h.

Galeri gambar Lexus IS F SPORT

Sumber: Lexus Malaysia

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.