Lexus CT 200h

Lexus CT200h.09

Model yang baru dilancarkan Lexus di Geneva adalah CT 200h. Model hibrid ini adalah jawapan kepada mereka yang mahukan suatu yang premium dari Toyota. Lexus CT 200h adalah kereta hybrid pertama yang dilancarkan dalam kelas kompak premium. Dijadual untuk dikilangkan pada tahun ini, model terbaru Lexus ini disasarkan kepada golongan muda dan yang baru hendak berjinak-jinak dengan jenama premium dari Jepun ini.

Lexus CT200h.03

Lexus CT 200h direka dan dibangunkan dengan sasaran kepada pasaran Eropah. Saiz dan teknologinya untuk mereka yang prihatin dengan alam sekitar dan pada masa yang sama tidak berkompromi dengan kualiti dan keseronokan pemanduan seperti mana setiap kenderaan Lexus lain.

CT 200h mengekalkan visual yang kuat dari kereta konsep LF-Ch yang dipertontonkan kepada umum pada Pertunjukan Kereta Frankfurt 2009. Bahagian luarannya direka untuk aerodinamik yang efisyen dan bunyi angin yang minimum. Mengikut falsafah desain L-finesse Lexus, lampu utama dipasang lebih tinggi dari gril hadapan dan seperti kereta premium lain turut dilengkapi adalah lampu LED running yang menyala pada siang hari.

Lexus CT200h.01

Bahagian dalaman pula mengandungi perkakasan yang ergonomik dan penggunaan warna perak metalik dikontrakan dengan warna hitam dengan bahagian permukaan lembut yang sedap disentuh. Berdasarkan konsep desain Future Lexus Interior, papan pemuka dipisahkan kepada 2 lajuran iaitu Display Zone yang dipasangkan skrin LCD 8 inci pelbagai paparan manakala pada bahagian Operation Zone pula dirumahkan gear dan butang kawalan lain.

Pemandu juga direhatkan rendah dengan kerusi yang menyokong badan. Dan gugusan meter berkembar direka besar, apabila dalam mod SPORT, ambien meter akan bertukar dari biru ke merah bagi memberi efek prestasi.

Lexus CT200h.10

Sistem Lexus Hybrid Drive yang digunakan pada CT 200h ini menggabungkan enjin 1.8 liter VVT-i petrol dengan motor elektrik. Seperti mana kereta Hybrid lain, pemandu mempunyai pilihan mod pemanduan. Mod ECO dan NORMAL untuk pemanduan yang menjimatkan dan selesa mana mod SPORT untuk pemanduan berprestasi. Selain dari itu apa yang membuatkan CT 200h berbeza dengan kereta Hybrid lain ialah kemampuannya untuk bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya. Pada mod EV, CT 200h boleh bergerak sejauh 1.2 batu dengan kelajuan sehingga 28 bsj. Memacu enjinnya adalah kotak gear CVT yang memang pilihan wajib untuk kereta hybrid.

Lexus CT200h.07

Lexus adalah ikon paling tinggi untuk kualiti dan kesempurnaan kejuruteraan Toyota dan pada saya Lexus CT 200h adalah untuk mereka yang merasa segan untuk memandu Toyota Prius. Seperti lazimnya, Toyota mempunyai produk untuk setiap segmen pasaran.

Sumber: Newspress/Toyota

-Mak Uia-

Muhammad

11 Comments

  1. Satu lagi produk bermutu dari toyota..
    tp kes aritu dah settle blm..

  2. papa ku pulang dari kota…..papaku belikan kereta…..
    kereta lexus namanya…..boleh ku bawak awek p ronda….
    pergghh behnyeerr kalo cam nih…….

  3. jangankan kata Prius, nak memandu yang ni pun buat gua rasa segan.. manatah gua nak cekau duit..

  4. klau jual kredit sms n mms murah2 cm aku bleh pakai kete ni…

Kata Anda//