Lakaran Hyundai i40 Saloon

Hyundai i40 Saloon 2011.01

Pada bulan Mac lepas Hyundai memperkenalkan kepada umum i40 Estate [Wagon] dan terkini mereka akan melancarkan i40 versi saloon [sedan] pada minggu depan. i40 sedan adalah model terbaru di bawah slogan New Thinking. New Possibilities.

i40 sedan mempunyai pengaruh kuat Eropah di mana ianya direka dan dijuruterakan di ibu pejabat penyelidikan dan pembangunan Hyundai di Russelsheim, Jerman. Model itu merupakan evolusi kepada bahasa rekaan Hyundai iaitu Fluidic Sculpture [fs].

DNA rekaan FS mengambil inspirasi daripada hembusan angin semula jadi dalam menghasilkan luaran yang dinamik. FS mula diperkenalkan pada tahun 2009 untuk siri model konsep ix dan sejak itu merupakan inspirasi rekaan pada kesemua model baru Hyundai termasuklah ix35 dan ix20.

i40 sedan bukan setakat menjual rekaan menarik sahaja tetapi dikatakan mempunyai ciri-ciri interior yang selesa dengan jarak titik roda berukuran 2.77 meter serta dimensi terbaik dalam kelasnya iaitu 1025 mm untuk ruang kepala, 1455 mm untuk ruang bahu dan 1170 untuk ruang kaki.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 07/05/2011 at 8:56 AM
    • Reply

    sejak akhir2 ni design hyundai memang superb…nape proton x wat mcm tu..invest lebih xpe janji pulangan lumayan

    • yuri on 08/05/2011 at 11:10 PM
    • Reply

    Pandu Uji Kereta MK edisi 137
    gambar Satria Neo R3
    Teks Honda Civic EG
    ape cerite wei…

  1. Lu sms Mat Kacau tengok

    • YuRi6996 on 09/05/2011 at 8:32 AM
    • Reply

    malas
    10 kali SMS
    satu pon xde reply/masok MK
    GT.com wadah terbaik kasi complaint
    huhu

    • Alteja on 09/05/2011 at 8:50 AM
    • Reply

    Lagi bagus kalo dapat buat design keta cecanggih, tapi dengan harga merepek murah. Aku tgk trend keta sekarang ni, makin cantik makin mahal plak. Tak caya, tgk Saga Facelift, ubah sikit je, dah beza RM2,000 (tapi, RM2,000 OK la kot). Kalo RM20,000, sakit gak kottttt

    • e-pi on 09/05/2011 at 11:49 AM
    • Reply

    btol la…ak pon mula2 confius baca…

    • cb400vtec on 09/05/2011 at 5:48 PM
    • Reply

    ntah paper ntah MK!!!!
    gua rse mcm dorg xamik berat je ngn produksi MK..
    amik ringan jerk..aku nk print asignment pn check byk kali..
    adoyai..kt cni gua nk komen,kt MK pn gua nk komen..
    mcm xappreciate reader jerk..mcm kne tipu lak kdg2..

    • yuri on 09/05/2011 at 7:29 PM
    • Reply

    hehe
    sesekali kite tgk macam mane MK layan complaint reader
    asik complaint gabemen je
    kite tgk mcmne plak bile MK jd “gabemen”
    adekah mesre “rakyat”
    hehe

    p/s:ni bkn nk downkan MK,tp nk improvekan MK.saye pembace MK dr edisi 1,putra oren rasid sidek (yeke ek,lupe lak)

  2. Artikel tu sama je macam yang dalam GT, lu orang boleh baca balik. Cuma yang tak baca GT rasanya memang tak puas hati. Apa boleh buat, benda dah jadi. Gua redha je.

    • cb400vtec on 10/05/2011 at 10:03 AM
    • Reply

    yaa..putra oren keluarga anak2 sidek..aku pn de isu 2..
    kitorg bkn nk down tp kritikan membina..MK ttp gua sokong..
    aku pn bce isu 2 kt GT tp yg xpuas atinye ttg sikap sambil lewa jer..small matter..bce dlm GT pn xpuas psl satria nr3 aritu..

  3. nasib baik gua dah baca…pelik2…mane Editor MK ni…cube komen skit…kekekekeh

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.