Kumpulan Tan Chong Sumbang Kepada Tabung Bencana Jepun

ETCM Tsunami 2011.01

Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 mengakibatkan kerugian nyawa dan harta benda kepada negara tersebut.

Pihak pengurusan dan staf Kumpulan Tan Chong telah menyampaikan simpati mereka kepada kerajaan dan rakyat Jepun pada pertemuan dengan duta Jepun ke Malaysia baru-baru ini.

Kumpulan telah menyerahkan sumbangan sebanyak USD 300,000.00 melalui Persatuan Bulan Sabit Merah bagi meringankan mereka yang terlibat di dalam tragedi ini.

“Jepun sentiasa di hati kami dengan hubungan yang telah lama terjalin dengan Nissan Motor Co. Ltd., yang bermula sejak 50 tahun lepas. Sumbangan ini sedikit jika dibandingkan dengan jumlah yang diperlukan untuk membangunkan semula dan membantu Jepun dan rakyatnya. Ingatan dan doa kami kepada mereka di masa sukar ini dan kami berdiri di belakang untuk masa susah yang mendatang.” kata Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd [ETCM] semasa penyerahan replika cek.

-Mak/d Uia-

Muhammad

4 Comments

  1. montana:aku pn ase mcm tu jgk.mcm bahan da xde je blog ni aku tgk.
    GEARTINGGI?

Kata Anda//