KLIMS 2010: Proton Kasturi

Proton Kasturi.04

Proton Saga rupa baru dilancarkan terlebih dahulu di Thailand awal minggu ini di Thai Motor Expo. Jangan emosi, pembuat lain turut melancarkan model mereka di luar negara asal, perkara biasa untuk pembuat kereta global. Tambahan pula, TME bermula lebih awal daripada KLIMS yang mana di luar kawalan Proton.

Proton Kasturi.10

Walau bagaimanapun, di KLIMS Proton mempamerkan Proton Kasturi Concept yang kemungkinannya pengganti Saga SE. Dato’ Syed Zainal mengakui yang Proton Saga tidak diminati orang muda dan mereka cuba meremajakan Saga khas untuk golongan itu.

Proton Kasturi dilengkapi kit badan penuh pada bampar depan dan belakang serta sisi, di atas bonet pula dilekapkan spoiler halus yang nampak ringkas. Lampu utama digelapkan kontra dengan lampu belakang LED jernih atau telus cahaya. Tiada perubahan ketara pada bahagian dalaman melainkan grafik meter baru.

-Mak Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. aku xsuka color scheme die… BIA PUTIH jekn bgus?
    pastu, apsl rim die hodoh sgt? npe paki blik je rim OZ 17inch saga concept mse PROTON DAY ari tu..?? adeh korg nih….

    gua dh mrah dh mber gua yg kje kt rnd proton..hahahah (pdahal die keje tester dlm litar je..xpsal2 kne mrah gak..hihih)

  2. corretion kegkwan.. hihi ‘npe xpakai blik je rim OZ 17inch saga concept mse PROTON DAY ari tu..??’

  3. Dato’ Syed Zainal mengakui yang Proton Saga tidak diminati orang muda dan mereka cuba meremajakan Saga khas untuk golongan itu.<–mane de zaman skrg remaja pki 1.3?buntut..up la cket cc..smart memang smart tp 1.3?buruk muka nk dpt 120..letak 1.6 cps turbo tengok?wa compom xbeli..huhu…

  4. wah nie ptt name nye saga SDH (sudah) yang lame dah saga BLM (belom) haha.. lau cc 1.3 gak mmg x padan… minyak kuat, mengaum2 engine mcm nak runtuh + sarong rim beso. mam nak meletop kereta ooo. wa drive BLM 17″ membe wa, nak ptong keta dpn pn x bran lah.. proton ptt kaji dulu ap kelemahan yg ad pd BLM tu…. baru kuar kasturi. org muda nie gile perfomance. pd wa BLM tu dah lawa dah…

  5. ok la… nak kate hemsem aku nih tak minat saga… tapi nak kire kesungguhan proton kire bagus la….

    ok aje la… tak brani komen lebih2… nanti kener banned

  6. kalo nek kn cc, nanti da jadi segmen len…saga ni kan kategori compact sedan…

  7. Kalau nak cc besar beli je la lori, wat pe beli saga… yg lu pergi taruk rim 17′ sapa suruh.. meman la meraung keta tu.

  8. Aku tak best dgn keta ni pasal tayar blkg kangkang lebih bila muatan lebih, nmpk tak syok. Tp ekonomi bleh terima last2 intake manifold buat hal. ktek3….4ktok..duit2…

Kata Anda//