Kisah APV Si MPV

Di tempat kita, Suzuki APV ni bolehlah dianggap sebagai antara jenama MPV yang tidak dianggap sebagai calon pilihan pengguna. Barangkali, dengan rekabentuk yang agak konservatif APV ini seringkali dipinggirkan. Kalau tengok dalam Mudah sekalipun, memang payah nak jumpa apatah lagi nak jumpa atas jalanraya. Hakikatnya, dengan rekabentuk susuk tubuh APV yang kelihatan sasa bak badang perkasa, ianya jelas merupakan kenderaan yang cukup cocok untuk dijadikan sebagai MPV pilihan mak mertua sewaktu pergi bercuti musim perayaan ini.

Baru-baru ini gua telah berpeluang mengunjungi  bandar ketiga terbesar di Indonesia, Bandung. Memandangkan gua ke sana untuk berlibur sambil membawa ahli keluarga seramai enam orang, maka sudah tentu pilihan gua sewaktu berada di Bandung adalah merupakan MPV. Gua telah ditawarkan dengan Avanza genarasi terbaharu atau pun Kijang @ Innova dengan kapasiti 5 orang dewasa dan seorang anak kecil. Namun hati gua terdetik untuk memilih APV  berdasarkan ramalan gua bahawasanya beg yang gua bawa ke Bandung dijangkakan beranak-pinak akibat membeli-belah.

Sewaktu Supir mengambil gua di Bandara, gua memilih untuk di kerusi barisan kedua. Peluhan gua sewaktu mengusung bagasi segera hilang dek kerana corong penghawa dingin yang turut terletak di bahagian belakang. Duduk di kerusi barisan kedua memang dianggap cukup selesa walaupun dihuni oleh 3 orang dewasa dan tak lupa juga anak kecil gua yang dipangku.

Apabila beralih ke kerusi penumpang di hadapan, lu orang akan terasa sedikit seperti menaiki lori kerana ketinggiannya. Namun, jelas itu merupakan satu kelebihan kepada sang Supir sewaktu membelok untuk memarkir / memasuki lorong walaupun dalam keadaan ruang yang agak sempit kerana kadar penglihatan yang cukup jelas di atas kerusi pemandu. Manakala, sewaktu gua memilih untuk duduk di barisan ketiga, lutut gua tidak terjejas teruk berlipat dan apa yang boleh gua simpulkan, ianya masih selesa untuk dihuni oleh orang dewasa. Gua naik Exora duduk di barisan belakang tu pun dah cukup kebas kepala lutut gua.

Dari segi kesedapan dan keselesaan APV  ini, gua rasa pengedaliannya masih boleh dianggap baik. Gua duduk di bahagian belakang tidaklah terasa terhoyang-hayang tercampak ke tingkap sewaktu Supir memandu menuju ke puncak Gunung Tangkuban Perahu yang mana jalanrayanya memang sedap untuk dibuat lumba rali.

Kepelbagaian fungsi APV ini cukup terserlah sewaktu gua berangkat pulang di mana kesemua beg ahli rombongan  berjaya dimuatkan tanpa menghadapi sebarang masalah. Kalau gua menyewa Avanza, dah tentu gua terpaksa meminta Supir untuk memasang Thule di atas bumbung. Dah serupa bas persiaran dua tingkat pula dia punya tinggi nanti.

Suka untuk gua kongsikan dengan Sekutu yang lain, APV ini bolehlah dianggap sebagai popular juga di sana. Senang betul nak jumpa. APV yang jenis pick-up tu pun bersepah buat angkut barang di Pasar Baru. Sebelum terlupa, suka juga untuk gua kongsikan, di pasaran Indonesia APV ini turut dijenamakan semula oleh Mitsubishi sebagai Maven. Penjenamaan semula untuk kenderaan yang sama jantina ini bukanlah perkara asing di Indonesia kerana selain Toyota Avanza, Daihatsu Xenia turut ditawarkan kepada pembeli di sana. Amacam? Betapa luasnya pasaran kenderaan di Indonesia secara amnya dan pasaran MPV secara khususnya. Lu orang sebut sahaja nak jenis yang macam mana. Avanza ada, Xenia ada, Luxio ada, Gran Max ada, Ertiga ada, Evalia (NV200), Exora pun ada. Apa?? Alza?? Maaf, tak masuk senarai.

-Min-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. S2000 ..jgn sebut alza..cover sikit hehe

    • vespa kuning on 08/02/2013 at 2:56 PM
    • Reply

    Ade org g bandung nih..ade buah tangan dari sane x??hehe

    • Han on 09/02/2013 at 9:19 AM
    • Reply

    Alza? apa tuh? 😛

  2. Nissan Juke bersepah woi kat sana…gua tengah fikir nak minta tukar kerja kat Indo ni…nak beli Juke convert jadi Juke R

  3. APV ni takdelah besar manapun tapi harap harganya tak mahal,.nak tahu jugak,kat malaysia ada ke APV ni..tak penah nampak pun

    • kubergeraksolo on 07/01/2017 at 10:26 PM
    • Reply

    apv ni bagus juga muatan byk pun rilek jek jln boh

    • Arshrarf on 18/07/2017 at 9:45 AM
    • Reply

    Ayah saya ada satu kat rumah. Apa yang boleh saya cakap memang terbaik APV ni. Cuma rupa je pelik sikit. Tapi pernah dulu bawa kawan2 ke kundasang 10 orang muat woi. Gila tak gila dia punya luas. Walau enjin agak meraung naik ke kundasang tu tapi Alhamdulillah la selamat je kitorang berlibur dengan jayanya dengan minyak yang boleh kata jimat untuk saiz mpv sebesar itu, hehehe…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.