Dec 27

KidZania KL Jalin Kerjasama Dengan Volvo Car Malaysia dan Volvo Trucks Malaysia

volvo-kidzania-2016-02

KidZania Kuala Lumpur mengumumkan kerjasama dengan Volvo Car Malaysia Sdn. Bhd. dan Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks Malaysia). Selari dengan pendekatan unik KidZania yang menekankan skil kemahiran hidup untuk kanak-kanak, inisiatif terbaru ini bakal membuka ruang kepada pendedahan yang lebih besar untuk Volvo. Kanak-kanak bukan sahaja dapat mengalami suasana pekerjaan seorang pereka dan pengedar kereta bahkan turut mempelajari kepentingan dengan cara duduk yang betul dan selamat dalam kereta.

Volvo telah memainkan peranan penting dalam inovasi keselamatan kanak-kanak sejak syarikat itu membangunkan kerusi kanak-kanak hadap belakang dan memperkenalkan kusyen lapik tambahan. Ini adalah selari dengan visi syarikat yang mana menjelang tahun 2020, sesiapa pun tidak terkorban atau tercedera dengan serius dalam kereta baharu Volvo.

volvo-kidzania-2016-04

“Di Volvo, kami berusaha untuk menjadikan dunia yang lebih selamat untuk kesemua pengguna jalan raya di mana sebahagian besar mencapai usaha ini ialah melalui pendidikan. Kami sedar masih terdapat kekurangan dalam memahami kepentingan menggunakan kerusi kanak-kanak yang betul di Malaysia,” ujar Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

“Dengan usaha ini, kami berharap untuk mendidik kanak-kanak dan mereka akan menyampaikan mesej ini kepada ibu bapa dengan impak yang lebih berkesan.” tambah Stegland.

volvo-kidzania-2016-01

Selain itu, kerjasama KidZania dengan Volvo Trucks Malaysia pula untuk mewujudkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya melalui simulasi keadaan jalan yang sebenar terutama sekali apabila berhadapan dengan lori besar. Program ini mengandungi kempen ‘Stop, Look and Wave’ Volvo Truck yang dibuat khusus untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak dalam mempraktikkan tingkah laku selamat melalui penggunaan alat latihan khusus.

Kanak-kanak yang menyertai program ini dapat merasai pengalaman dalam trak Volvo FM440 dan menyertai sesi kelas dalam treler Pameran Volvo Truck di mana mereka akan didedahkan mengenai kepentingan mengenal pasti titik buta dan mengamalkan etika di jalan raya yang betul.

volvo-kidzania-2016-03

KidZania Kuala Lumpur menawarkan lebih dari 100 kerjaya yang merentasi 60 bandar yang menggalakkan kanak-kanak untuk mengamalkan sikap dan kelakuan positif supaya dapat membimbing mereka untuk menguruskan cabaran kehidupan seharian. KidZania Kuala Lumpur juga merupakan rakan rasmi aktiviti kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.