Kia Sportage Serba-Serbi Baru!

Kia Sportage 2010.003

Ini adalah Kia Sportage baru. Kalau sekutu ingat bisnes Naza mula menjadi lebih dari 10 tahun lepas  dengan model ini. Pada masa tersebut Kia Sportage adalah SUV yang termurah dalam pasaran, boleh kata bersepah orang beli macam Myvi dan Vios sekarang ini. Walaupun model pertama Sportage popular tetapi model keduanya agak suam-suam kuku, desain pun dah ala-ala Volvo XC 90 dan tak berapa nak rugged.

Kia Sportage 2010.002

Tamat kitaran model terdahulu, Kia memperkenalkan Sportage dengan bahasa desain baru yang lebih moden dan bergaya. Untuk memanaskan pasaran, Kia akan mula menjual model First Edition AWD 2.0 CRDi di UK pada awal Ogos dan kemudian model 2WD, petrol dan lain-lain varian pada November.

Ditawarkan dengan 5 pilihan warna termasuk Techno Orange [Belanda?] seperti yang sekutu lihat ini ianya mempunyai spesifikasi yang boleh tahan seperti interior kulit, kawalan suhu dwi zon, penggilap cermin bersensor automatik, lampu LED siang hari dan rim aloi 18 inci.

Kia Sportage 2010.001

Sportage baru ini tidak lain tidak bukan digayakan oleh Peter Schreyer – bapa pemodenan desain Kia yang menampilkan SUV kompak yang sleek, urban dan disasarkan kepada keluarga muda atau mereka yang berjiwa muda dengan gaya hidup sibuk dan urban. Chasis Sportage juga ditala khusus di UK untuk penyesuaian keadaan jalanraya di sana.

Dengan gayaan baru, Kia telah melompat jauh membina identiti tersendiri. Dan pembuat kereta global lain perlu memasukkan Korea sebagai penanda aras mereka. Jangan lupa sebuah lagi Korea, Hyundai – pemilik Kia dan pelbagai industri berat dunia.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

14 comments

Skip to comment form

    • h369 on 07/07/2010 at 8:22 AM
    • Reply

    proton bila lg nk masuk liga SUV????

    • C27 on 07/07/2010 at 8:45 AM
    • Reply

    Kia sekarang ni memang tengah ligat pasarkan model-model baru..

    • basikal on 07/07/2010 at 9:27 AM
    • Reply

    aku suka dengan inovasi dari kia nih…….

    • on 07/07/2010 at 12:38 PM
    • Reply

    smart gak eh..eropah lar diorg pny market skrg?bagus..
    hyundai heavy industries skrg salah satu sykt paling berjaya n membangun dlm dunia skrg?contohi mereka malaysia..

  1. apsal lampu blakang die nmpak mcam evo10 je..

    • azwan nbs on 07/07/2010 at 5:20 PM
    • Reply

    apsal bahagian depan dia memang tak senonoh betol…

    • hafidz on 07/07/2010 at 7:09 PM
    • Reply

    boleh tahanlah rupe die…..proton bile lak nk wat suv mcm ni????

    • lamda on 07/07/2010 at 10:56 PM
    • Reply

    proton sudah ada maa suv….cuma blom launcg ja lagi…..
    bentuk sbijik mcm murano…tapi smart lagi……

    • on 07/07/2010 at 11:26 PM
    • Reply

    KIA & Hyundai jauh meninggalkan Proton walaupun umur lebih kurang sebaya…sape nak jawap?

    • on 07/07/2010 at 11:54 PM
    • Reply

    Caparzo

    Hyundai & Kia dah lama wujud sebelum Proton. Dan Korea pernah perang dengan Jepun pada tahun 1592 dan menang.

    Ssangyong juga Korea tetapi sekarang milik China.

    Dan sepatutnya usia tak jadi isu maju atau mundur. Kalau dikira maknanya industri auto Britain sepatutnya maju tapi nampaknya hampir kesemuanya kini bukan milik mereka.

    Kemajuan negara tak patut diletakkan pada bahu Proton sahaja.

    Jepun, Korea, China, Taiwan tak maju hanya dengan 1 pembuat kereta. Mereka juga ada syarikat motorsikal, elektronik dan industri berat lain. Rakyat Korea sendiri adalah antara yang tertinggi di dunia mempunyai PHD.

    Bukan setakat industri, sukan pun diaorang maju.

    • on 08/07/2010 at 3:12 PM
    • Reply

    Mak…TQ 4 da info…sorry ler…teremosi plak…hehe…
    Tak dinafikan rakyat Mesia pun bnyk yg berilmu tinggi tp mungkin kekangan drpd kerajaan kot yg membantutkan mereka2 ini mengeksploitasikan bakat & ilmu mereka…(cuma pandangan sahaja)

    • terangkat on 09/07/2010 at 12:23 AM
    • Reply

    proton patut amek mamat schreyer ni..baru la kete proton lawa..waka2

    • Blood on 09/07/2010 at 10:57 AM
    • Reply

    Local people kene support local product.. tapi local product kene keep improve dia punya kualiti dan paras rupa kereta tersebut. now Proton dah ada sedikit peningkatan interm..Syabaz Proton..siapa engineer yg design model proton eh?

    • Blood on 09/07/2010 at 10:58 AM
    • Reply

    cuba proton open event “pertandingan merekabentuk/melakar kerta proton”…maybe dari situ leh dpt idea nak design kereta..mcm mana nak bg cadangan ni kat proton eh…

Leave a Reply to Mak UiaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.