Kia Sportage: Dari Korea ke Eropah

Kia Sportage 2010000

Jarang pembuat kereta mengeksploitasi gambar risikan untuk kelebihan mereka, kebanyakannya lebih suka menyimpan rahsia walaupun satu dunia dah tahu yang itu model kereta apa. Dan lagi pelik ada yang berpendapat kalau orang tahu banyak sangat penjualan kereta kelak akan terjejas. Sekarang ini model pemasaran sudah berubah, bukan ke kalau pengguna dilibatkan daripada awal produk tersebut akan lebih mesra pengguna dan pada masa yang sama mewujudkan kesedaran produk? Strategi ini sekurangnya dapat memastikan bakal pembeli menunda keputusan dan mana tahu kalau mereka dah terpikat dengan model yang didedahkan serba sedikit sebelumnya.

Kia Sportage 2010001

Dan ini apa yang Kia buat untuk model Sportage terbaru. Dengan siaran media ini mereka maklumkan yang Sportage ini bakal dijual pada Ogos dan dibangunkan sepenuhnya berdasarkan pemandu dan keadaan jalanraya di UK. Pakar penyelidikan dan pembangunan dari Kia Motors UK terlibat dengan ujian kereta ini yang bakal dibina di kilang Zilina di Slovakia.

Sportage terbaru seperti juga Soul, Venga dan Sorento adalah model keempat berturut-turut yang dibangunkan di UK yang merupakan pasaran terbesar Kia di Eropah. Kia nak pastikan yang produk terbaru mereka bukan sahaja nampak dan rasa macam kereta Eropah dan dalam masa sama yang sama ‘menjadi’ seperti yang pelanggan UK mahukan.

Jadinya sekutu kata kunci yang kita belajar hari ini ialah, mengantisipasi dan bukan penolakan total.

Sumber & Foto: Newspress/Kia

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

11 comments

Skip to comment form

    • pelug on 22/06/2010 at 1:20 PM
    • Reply

    boleh tahan dia punya design.kalau beli camni agak-agak diorang jual tak.after sale service kat uk mesti mantap kan mak?

    • basikal on 22/06/2010 at 2:40 PM
    • Reply

    mengantisipasi…………gantinasi..

    • on 22/06/2010 at 4:12 PM
    • Reply

    makan nasi….. :))

    • on 22/06/2010 at 5:21 PM
    • Reply

    Gua penah dgr Emansipasi…bunyik cam Eman Manan jerk..haha..

    • zulsyaren on 22/06/2010 at 7:35 PM
    • Reply

    macam gampang..jgn beli kereta kia.kualiti xda.xcaya,tgk rate dia dlm mjlh motor trades

    • on 23/06/2010 at 1:43 AM
    • Reply

    Aiyokkk…

    • azwan nbs on 23/06/2010 at 4:18 PM
    • Reply

    alamak…

  1. tak baik ckp gampang.. nnt KIA saman tau..

    ps- mak uia & matpon ejen kia

    • carragher27 on 24/06/2010 at 8:29 AM
    • Reply

    sepat
    huh..semenjak dua tiga menjak ni ayat sepat penuh dengan ciri-ciri ilmiah.. gua dengar2 macam frust aja pasal tak dapat masuk Imam Muda..

    • along on 24/06/2010 at 10:20 PM
    • Reply

    sepat , try msuk gadis mlyu tgk..he3..

  2. sekurang2nya korea tembusi pasaran u.s,u.k,german……….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.