Kia Sportage 2011

Kalau diingat semula kira-kira sepuluh atau lima tahun lalu, kereta berjenama Korea jarang sekali berada di senarai teratas jika seseorang hendak membeli kereta baru. Bagi segelintir yang membelinya, tidak kiralah sama ada Hyundai atau Kia ada beberapa sebab kenapa keputusan itu diambil.

Antara sebab popular adalah mahu lari daripada kebiasaan. Sudah tidak mahu pandu Proton atau Perodua. Selain itu, mahu mencuba produk baru. Siapa tahu, kereta itu mungkin bagus dan memuaskan hati.

Ketika ramai yang langsung tidak merungut, tidak kurang juga yang menyesal selepas membelinya. Bukan sahaja harga alat ganti yang boleh membuatkan pemiliknya menelan air liur. Malah nilai jualan semulanya yang teruk menjadi faktor utama kenapa jenama kereta Korea mula dipinggirkan.

Tetapi, itu cerita dahulu. Sekarang, kereta Korea sudah banyak berubah. Sudah mampu mencabar gergasi-gergasi automotif dari Jepun. Kalau dilihat sekali imbas, susah untuk bezakan kereta Korea dengan model keluaran pembuat kereta terkemuka dunia yang lain. Jurang standard pun semakin mengecil.

Melantik Peter Schreyer sebagai Ketua Pegawai Rekabentuk mungkin tindakan paling bijak pernah dibuat oleh Kia. Bermula pada tahun 2006, bekas pereka bentuk Volkswagen mula menghasilkan rekaan-rekaan magisnya ke atas produk-produk baru keluaran Kia.

“Dahulu, kereta-kereta Kia sangat neutral. Apabila melihatnya di atas jalan, anda tidak tahu itu kereta Korea atau Jepun. Jadi, saya fikir amat penting kereta Kia dapat dikenal pasti sebaik sahaja ia dilihat buat pertama kalinya,” kata Schreyer.

Schreyer mengangkat konsep ‘hidung harimau’ sebagai paksi rekaan gril korporat kenderaan Kia. Kini semua model Kia mengaplikasikan girl korporat tersebut, di samping rekaan tubuh yang menarik dan kontemporari.

Berikutan perubahan tersebut, gelombang kebangkitan Kia kian terasa terutama di pasaran-pasaran penting seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah. Menjadi antara lima jenama automotif paling pantas berkembang, Kia mencatatkan jualan mencecah 988,011 unit hanya dalam tempoh lima bulan tahun 2011. Angka itu mewakili pertumbuhan 20 peratus daripada jumlah untuk tempoh sama tahun sebelumnya.

Anak syarikat Kumpulan Naza, Naza Kia Malaysia (Naza Kia) menjadi penaung kepada jenama tersebut untuk pasaran tempatan. Sejak Disember tahun lalu, Naza Kia dilihat terus mengujakan pasaran dengan pengenalan model-model baru Kia.

Selepas model SUV Sorento, sedan popular Kia Forte yang ditambahbaik diperkenalkan. Tidak cukup dengan itu, model lebih sporty Forte Koup turut ditawarkan kepada pengguna pada Mac lalu.

Terbaru, Naza Kia mengetengahkan model SUV kompaknya yang sudah lama ditunggu-tunggu, Kia Sportage. Memasuki generasi ketiga sejak diproduksi pada tahun 1993, nama Sportage tidak pernah ditukar. Itu adalah taktik pemasaran yang biasa diamalkan oleh pengeluaran kereta bagi mengukuhkan lagi jenama dan model terbabit.

Kalau hendak dibandingkan dengan generasi sebelum ini, perbezaannya seperti langit dengan bumi. Sportage terbaru mengalami perubahan secara total. Sama ada dari segi rekabentuk, prestasi, keselesaan serta teknologi terkini pada kenderaan.

Jentera itu mengekalkan nilai-nilai kefungsian serta versatiliti Soprtage sebelumnya. Tetapi dipakej dengan gaya yang lebih moden dan kemas. Penampilan luarannya diserlahkan dengan rim aloi bersaiz 18 inci. Sementara bahagian dalamannya pula terasa mewah menerusi penggunaan material kulit berwarna hitam pada stereng, panel pintu dan tempat duduknya.

Pada harga cuma RM138,888 seunit, cuba lihat apa yang tidak ada pada Sportage. Ya, sebagai tipikal kereta Korea generasi baru, ia menawarkan segala ciri yang biasanya cuma ada di dalam produk premium.

Dilanda demam yang dimulakan oleh Audi, Sportage tidak terkecuali dalam barisan model baru yang dipasang dengan lampu DRL (Daytime Running Lights). Itulah antara ciri-ciri premium yang saya katakan tadi.

Tidak cukup? Bagaimana dengan bumbung panoramik, paparan kamera mengundur pada cermin pandang belakang dan butang START/Stop untuk menghidupkan enjin. Fungsi-fungsi itu pasti membezakan Sportage anda dengan SUV kompak yang lain.

Dilihat pada aspek keselamatan, Sportage adalah juara untuk segmen itu dengan harga di bawah takat RM150,000. Sportage memperoleh rating lima bintang dalam penarafan keselamatan Euro NCAP. Memiliki enam beg udara, selain sistem ABS, EBD, Downhill Brake Control dan Traction Control System pasti membuatkan anda berasa lebih yakin ketika memegang sterengnya di atas jalan raya.

Sportage menggunakan khidmat unit enjin Theta II dual-CVVT bersesaran dua liter yang menjimatkan minyak. Enjin itu didakwa mampu menghasilkan kuasa sehingga 166 PS dan tork puncak mencecah 197Nm. Bagi menjamin kelancaran pemanduan, kuasa tersebut diagih menerusi transmisi automatik enam kelajuan.

Enggan menjadi SUV olok-olok, Sportage mengaplikasikan sistem pacuan All Wheel Drive (AWD). Pada kondisi pemanduan biasa, sistem tersebut menghantar 100 peratus kuasa tork kepada roda hadapan untuk meningkatkan kadar penjimatan bahan api. Namun apabila gelinciran roda dikesan, peratusan kecil kuasa tork akan diagihkan kepada roda belakang. Ini bagi memastikan kestabilan kenderaan sentiasa berada dalam tahap terbaik.

Kehadiran Sportage dilihat tepat pada masanya. Menjadi segmen paling pantas berkembang di Malaysia, jualan SUV kompak memperlihatkan pertumbuhan sehingga 85 peratus iaitu kepada 5,253 unit pada tahun ini.

“Dengan potensi itu, Naza Kia yakin Sportage akan diterima baik oleh pengguna. Kebimbangan sekarang adalah dari aspek penawaran produk ini kepada para pelanggan.

“Apatah lagi, Sportage merupakan model kedua paling laku untuk pasaran luar Korea dengan volum mencecah 128,949 unit. Justeru, Naza Kia meletakkan sasaran sebanyak 200 unit Sportage dapat dijual setiap bulan,” kata Ketua Pegawai Operasi, Naza Kia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar.

Hanya satu varian, Sportage yang dijual di sini adalah sama spesifikasinya dengan model yang ditawarkan di pasaran luar negara. Anda boleh memilih daripada lima warna menawan termasuklah putih, perak, oren, kelabu dan coklat. Lebih menarik lagi, ia hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had!

-Syuk-

Kredit: Garaj Kosmo

Spesifikasi Kia Sportage

Enjin: 2.0 DOHC Theta II dual-CVVT

Kuasa maksimum: 166PS @ 6,200 rpm

Tork maksimum: 197Nm @ 4,600 rpm

Suspensi hadapan: Topang MacPherson

Suspensi belakang: multi-link

Sistem keselamatan: ESP, ABS, EBD, CBC, BAS, TCS

Kapasiti tangki: 55

Syukran

23 Comments

  1. tengok KIA, 5 tahun warranty dengan perbatuan tanpa had. Mesti diorang yakin, kereta tu berkualiti tinggi, sebab tu berani bagi jaminan 5 tahun. Kalau sapa2 yang amik loan 5 tahun tu, lenjan abis2 la. hehe

  2. cun kereta ni..bila niak rasa mcm tiguan pun ada.. anyway korean automotive dah improving in all aspects… proton takmo amik teknologi diorang ker?

  3. Proton ketinggalan jauh dr Kia. Proton byk model tp bkongsi enjin yg sama. Nk tunggu enjin siri induksi paksa keluar ntah bila agaknya. Slow la…..

  4. Abg Kasim bukan nak eksyen, cakap kereta Proton tak berkualiti. Abg Kasim pun membesar dengan kereta Proton. Ayah saya masih lagi pakai Proton Saga tahun 1990, kenangan katanya. Saya juga masa mula2 kerja dulu, guna Wira. Kemudian Waja dan Perdana merupakan kereta Proton terakhir yang saya beli.

    Kesemuanya merupakan kereta Mitsubishi yang di rebadge semula oleh Proton. Dengan enjin Mitsubishi jugak, kereta2 tu takde masalah, enjinnya reliable. Tahan lasak kata org.

    Sekarang ni, Proton keluarkan enjin Campro. Saya dengar buatan dan ciptaan kita. Baguslah. Tapi yang menjadi persoalannya, ramai sungguh org komen pasal enjin Campro ni.

    Pernah suatu hari saya pergi workshop, hantar kereta isteri utk diservice (Honda Jazz). Sebelah tu kereta Persona, kuat sungguh bunyinya. Macam mesin rumput + kete kebal je.

    Buat peminat Proton, Abg Kassim bkn nak menghina. Cuma perlu ke kita cipta enjin kalau hasilnya tak seberapa? memang mahal R&D untuk enjin ni. Kenapa tak kita rebadge je enjin2 luar.

    Kualiti sudah tentu, reliable, jimat kos, yg paling pnting berbaloi utk pengguna.

    Pendapat peribadi Abg Kasim, enjin Campro ni bukanlah mendapat sambutan sebenarnya. Cuma bila disumbat di dalam kereta Proton, kereta import dinaikkan cukai dan harga menjadi mahal, apa pilihan yang tersedia untuk rakyat marhaen? Abg Kasim pernah laluinya dulu….

  5. nk buat cmner…inilah msia….kalau boleh hrg kereta nk sama dgn rumah teres berkembar……

  6. bg gua kete2 made in korea ni bukan xbaguih…tp…mslh skrg ni…naza ni bwk msuk jenama tp sparepart tu gua xtau la cmne…mhl nk mampos….itu yg gua tau…pastu 2nd value lak jatuh merudum…tp kalau gua d bagi pilihan antara kia dgn proton,gua sambut proton la,…sng ckp 2nd value tggi skit dari korea brand….pendapat gua la…dok gitu abg kassim???

  7. Tuan Megat, mmg betul pendapat lu tu. Bg gua Proton still tbaik dr segi mantanancenya & sparepart pun blambak2. 2nd value pun bole tahan murah lg x mcm kete pro2. Tp bg gua loan kete proton harus maksima 7 thn sahaja. Utang smpi 9 thn tp bila pki 5 thn & nk jual pun belum tau bole dpt untung. Kete premium lain spt Toyota/Honda/BMW/Merc & sbgnya mmg sesuai loan 9-15 thn sbb 2nd value masih lg tinggi harganya pasaran. Eemmm……..

  8. Dasar gomen hanya melindungi kroni2 mereka ttp tidak menyeluruh utk golongan marhaen spt kita. Sampai bila mau begini…….

  9. Makin tebal la duit kroni anak Naza macam ni. Bladihell kerajaan patut public kan Naza, ni tak, AP semua disapu, untung pun kaut bersih sekali. Bladihell.

  10. kjaan kalau nak bagi insentif rakyat beli proton ni.. kurangkan sikit profit margin.. interest bank pun set kan kat 2.5% gua caya ramai akan beli lah.. tapi buat masa skrg hati gua kat myvi buruk aje laa cukup..!

  11. Betulla sepat. Kesian kat kita ni, margin untung terlampau besar. Bukannya kita nak pakai Ferrari. Cukupla kereta import yg berkualiti 🙁

  12. Nak buek camno abg kassim.. tembolok orang kat proton ni tak pikir sangat volume strategy.. diorang more to short period profit..

  13. dari segi apa abg kasim cakap betul juga sebab engin campro dengan engine magma mitsubish proton saga dulu jauh beza nyak,kalau boleh cuba lagi dengan sedaya upaya cipta enjin lg hebat dari sekarang…kalau boleh kia spare part kureng la sikit harga tu…keta kia ok tp spare part,kalau spare part mcm sale proton tentu laku kia di pasaran,apa2 pun terbaik untuk kia dan proton…

  14. saya ada pakai 2 kereta,honda&made in korea… dua2 ok tp sy lebih suka korea sb design&kesedapannya.spare part korea mahal xapa sb ory.tahan lama… spare part honda&lln brand murah sb skrg thailand pun ada ciplak.sb tu senang dapat&murah.bkn nk ngata,slain pakai kreta dr korea sy jg ada pakai honda. tu pendapat saya dr pgalaman sy.bak kata mekanic, u mau ory mesti bayar mahal ma… lg kena tunggu lama sikit sb mau oder dulu.murah2 pun ada,thai mali….. skalang pun ada & boleh bikin skalang juga.atau pun,jika lu mau yang ori & murah sikit, mau cali d kedai kereta potong,second hand punya la…. mana lu mau ammoi…
    ???

  15. baru semiggu pakai sportage 2013,,memang ummph,,dalam luas,safety complete..banding ngan setaraf dengannya harga mahal 5 speed plak,,KIA dan guna 6 speed..berbaloi..jangan ingat 2nd value ,,nak pakai untuk keselesaan sendiri..2nd value BMW pun jatuh,,bawak dalam bandar ke masuk hutan ke the best SUV..korang x caya g test drive..cuma mintak kat NAZA sparepart tu biar murah sket..simpan stok banyak2,,jgn kalau rosak baru oder memang mahal ek.

Kata Anda//