Kia Rio 2012

Kia Rio 2011.01

Matpon: Artikel ni gua post balik dari Garaj Kosmo. Sekian. Gua ikut arahan je.

__________________

Sepanjang pengalaman saya menulis mengenai kereta Korea ada saja pembaca yang membandingkannya dengan pengeluar kereta nasional, bagaimana mereka begitu maju dalam masa singkat, namun perjalanan pengeluar kereta Korea tidak sepantas dan semudah disangka. Kia sebagai contoh bermula pada tahun 1944 dan bukan sezaman dengan Proton seperti fahaman sesetengah mereka yang membuat ulasan. Mereka bermula sebagai pembuat tiub besi dan peralatan basikal sebelum menghasilkan basikal sendiri dan selepas itu skuter dan motosikal. Pada tahun 1962 Kia mengeluarkan trak Korea pertama dan pada tahun 1974 memasang Peugeot 604 dan Fiat 132. Perjalanan gah Kia bermula pada tahun 1991 apabila mereka mengumumkan kemasukan dalam pasaran Amerika Syarikat dan pada tahun 1994 model Sephia mula dijual di sana. Langit tidak selalu cerah, pada tahun 1997 Kia bankrap dan diselamatkan oleh Hyundai pada tahun 1998. Ironinya, Hyundai Motor Company ditubukan pada tahun 1967 dan boleh dianggap sebagai adik kepada Kia.

Berbekalkan jerih payah dan jatuh bangun, Kia pada masa kini bangkit sebagai antara pengeluar automotif yang disegani, pendapatan bersih pada tahun 2010 ialah USD 2.06 billion manakala eksport kumulatifnya sudah melebihi 10 juta unit. Jika dahulu poin utama larisnya kereta Kia adalah kerana harga jualan yang murah dan kini faktor itu masih lagi tidak berubah, pada laras harga global, Kia masih lagi mampu milik cuma bonusnya ialah rekaan yang menawan dan kejuruteraan berkualiti. Bukti ada di depan mata. Untuk melihat sejauh mana produk Kia sudah berubah ialah bandingkan model terdahulu seperti Sephia dengan Forte atau Sportage lama dengan yang baru. Hebat bukan?

Kia Rio 2011.02

Kia tidak putus-putus melancarkan produk-produk ‘pengacau’ pengeluar kereta Timur dan Barat. Forte, Koup, Soul, Sportage dan Optima berjaya mengukuhkan lagi kedudukan Kia dalam pasaran global dan terkini mereka melancarkan Rio 2012 di New York. Rio generasi pertama dulu agak masyhur, rekaan wagon yang seperti kereta api laju mendahului zaman bahkan lebih dulu popular sebelum jalan raya negara dibanjiri Toyota Caldina. Walau bagaimanapun Rio generasi kedua gagal untuk meneruskan kegemilangan model sebelumnya dalam pasaran tempatan. Dengan rekaan yang segar dan ‘spesifikasi penuh’ pada Rio 2012, dijangka model itu akan kembali popular di pasaran tempatan.

“Ria serba baru adalah lambang kejayaan kombinasi rekaan kelas dunia, penggunaan bahan api ekonomikal, teknologi maju dan nilai tinggi di dalam barisan kenderaan paling kecil dan ekonomikal Kia,” kata Naib Presiden Pemasaran & Komunikasi Kia Motors America, Michael Sprague. “Dengan peningkatan harga minyak, kereta sub-kompak semakin popular dan dengan peningkatan kuasa serta penggunaan minyak yang ekonomikal dan rekaan yang menarik, Rio telah menetapkan satu standard baru dalam segmennya dan menjadi kenderaan yang bukan sahaja mampu milik tetapi juga menjadi suatu yang diidamkan untuk dimiliki.” tambah Michael.

Kia Rio 2011.03

Untuk pasaran Amerika Syarikat [AS], Rio 2012 dipasangkan enjin 1.6 liter Gasoline Direct Injection [GDI] Gamma generasi ketiga dengan opsyen transmisi enam kelajuan manual atau enam kelajuan automatik. Enjin itu berkuasa 138 kuasa kuda [hp] dengan rating penggunaan minyak 30/40 batu segelen [bandar/lebuh raya] mengikut standard AS. Rio juga mempunyai teknologi Idle, Stop & Go [ISG], suatu yang baru untuk kenderaan Kia dan merupakan trend popular dalam penjimatan minyak. ISG berfungsi dengan mematikan enjin apabila kereta berada di dalam keadaan pegun seperti berhenti di lampu isyarat atau kesesakan trafik. Enjin dihidupkan semula apabila pemandu melepaskan pendikit dan seterusnya mengurangkan pengunaan minyak yang sia-sia. Selain dari itu, Jurutera Rio turut mengurangkan berat enjin sebanyak 13.2kg berbanding enjin generasi terdahulu dengan menggunakan penutup injap dan blok aluminium di samping pelapik besi acuan untuk lebih ketahanan.

Diilhamkan di studio rekaan Kia di Irvine, California, Rio kelihatan bergaya dengan garisan bahu dengan bentuk badan seperti baji [wedge] yang membayangkan profail atlet bertenaga dan lincah. Rekabentuk seperti itu bukan asing kerana ianya adalah identiti Kia yang juga boleh dilihat pada model Optima dan Sportage baru. Identiti Kia turut dilangsungkan pada gril Rio yang dinipiskan untuk disenadikan pada lampu depan selain daripada corong kemasukan udara yang lebih besar bagi menampakkan persona muda.

Kia Rio 2011.05

Beralih ke bahagian interior, Rio ‘membalut’ pemandu dan penumpang di dalam kabin yang moden. Panel instrumen kekal dengan dengan identiti Kia iaitu ‘horizontal three-cylinder’. Pereka turut menggunakan dua tona warna untuk menimbulkan suasana luas dan keselesaan. Titik roda yang dipanjangkan [101.2 inci] menawarkan ruang yang di atas kertas nampak selesa untuk penumpang dan kargo, ruang atas [headroom] pemandu dan penumpang depan bersaiz 40 inci, ruang atas penumpang belakang bersaiz 37.8 inci, ruang kaki pemandu dan penumpang depan bersaiz 43.3 inci manakala ruang kaki penumpang belakang bersaiz 31.1 inci.

Rio 2012 menggunakan platform baru yang lebih panjang, lebar dan rendah berbanding model sebelumnya. Posisinya yang tegap dibantu oleh panjang keselurahan iaitu 171.9 dengan platform berukuran 67.7 inci lebar dan 57.3 inci tinggi. Badan Rio juga tegar, 63 peratus bahan yang digunakan adalah keluli tegangan tinggi manakala rekaan yang ringan menawarkan ketegaran torsi tinggi [high torsional stiffness] untuk pengendalian dan keselesaan yang lebih baik. Bagi memastikan getaran suara dan kekasaran [nvh] yang kurang, Rio dipasangkan insulator pada hud dan papan pemuka dan busa yang boleh mengembang pada tiang A dan C dan juga Thinsulate daripada 3M pada tiang A dan B. Pada bahagian suspensi, Rio menggunakan topang MacPherson dengan bar penstabil untuk roda depan dan gandar palang kilasan [axle torsion beam] pada roda belakang.

Kia Rio 2011.04

Rio adalah kereta global dan saya optimis ianya bakal dijual di dalam negara. Saingan terdekat Rio adalah Honda City, Toyota Vios dan mungkin juga model gantian Proton Persona. Jika diletakkan pada harga yang betul, Rio bakal menerima respon yang menggalakkan seperti Forte dan menjadi alternatif yang bagus untuk pesaing sekelasnya. Selain dari itu, dalam kita kagum dengan industri automotif Korea, perhatian yang berat juga patut diberikan pada industri lain, negara itu turut maju dalam industri elektronik, pembinaan, perkapalan dan sukan. Tidak adil jika beban diletakkan pada industri automotif tempatan sahaja, paling mustahak sudahkah kita berfikiran dan mempunyai sikap seperti rakyat negara maju?

Foto: Kia Motors America

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • kawan on 19/05/2011 at 9:01 AM
    • Reply

    lawa siot..begitu menyegarkan bagi pasaran segmen C

  1. masalahnya sekarang ni gua 2nd. Sekian.

  2. kalu rege 50-60k ok.

    • audi on 20/05/2011 at 4:31 PM
    • Reply

    mmg korea bwat kereta dlu sblom kita…tp diorang maju baru2 ni je bukan dah lama…tak gitu

    • chor on 21/05/2011 at 1:09 PM
    • Reply

    paling mustahak sudahkah kita berfikiran dan mempunyai sikap seperti rakyat negara maju?…i likesss statement ni..

    • mr.q on 21/05/2011 at 6:15 PM
    • Reply

    yupp..like dat statement…maju kte fkiran kte?kalo rmaui nak2 mlayu masih snggup wat personal loan yg mnyusahkn dri tuk bli kete honda civic 1993-1997..ek,eg)harge dr rm30k++ – rm40k++ smate2 nkkn enjin v-tec yg da nk kaput…hehee..tu blom plg parts wear n tear yg smemangyr da nk jahanam,snggup..sebeb?honda bai~~ sayang…fkiran msih xmaju~~

  3. Gua rasa kalo rege dier lebih kurang Forte mesti laku giler pasni

    • im on 27/11/2011 at 4:50 PM
    • Reply

    brapa hrga keta ni klau kat malaysia?

Leave a Reply to MatponCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.