Kia Rio 2011

Kia Rio 2011.02

Model gantian Kia Rio bakal dipertontonkan kepada umum di Geneva pada Mac nanti. Model terbaru Kia ini akan ditawarkan dalam 3 varian iaitu 3, 4 dan 5 pintu bergantung kepada pasaran dan kereta ini direka untuk menarik perhatian prospek pembeli dalam pasaran global.

Rio baharu lebih luas dengan wheelbase lebih 70mm daripada model sedia ada serta kapasiti kargo sebanyak 292 liter untuk model hac dan 390 liter untuk model sedan. Kereta ini akan dibekalkan beberapa enjin iaitu 1.1 liter diesel berkuasa 70 ps, 1.6 liter GDI berkuasa 140 ps dan 1.2 liter Turbo GDI.

Kia Rio 2011.01

Sejak dipasarkan pada tahun 2005, jualan global Rio sudah melebihi 860,000 unit dan merupakan model import ketiga terlaris Kia pada tahun 2010 dengan jualan melebihi 219,000 unit.

Sumber: Newsmarket

-Mak/d Uia-

Muhammad

3 Comments

Kata Anda//