Mar 24

Kia Grand Carnival kini di pasaran – RM154K, RM166K dan RM186K

Kia Grand Carnival

Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia telah melancarkan MPV yang dinanti-nantikan iaitu Grand Carnival serba baharu. Kia Grand Carnival tampil dengan tiga varian yang menawarkan harga menarik sesuai untuk pelbagai kategori pengguna.

“Grand Carnival serba serba baharu ini tampil menarik dengan ciri-ciri hebat serta rekabentuk menawan yang membezakannya dengan MPV lain, kata Ketua Pegawai Operasi, Bahagian Automotif, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd. MPV lapan tempat duduk ini bukan sahaja dibangunkan untuk mereka yang trendi dan kontemporari malah pelbagai pelanggan dari segenap usia dan keluarga yang sukakan aktiviti luar dengan gaya hidup aktif.

Grand Carnival menampilkan wajah depan Kia dengan gril ‘tiger nose’ yang merupakan identiti rekaan Peter Schreyer.

Kia Grand Carnival

Ukuran MPV itu ialah 5,115 mm panjang dengan jarak roda 3,060 mm, tinggi 1,740 mm dan 1,985 mm lebar yang secara keseluruhannya menampakkan ia sebagai sebuah MPV yang tampak kemas dan sofistikated.

Bahagian belakang pula dilengkapi sepasang lampu yang lebar dengan permukaan luas untuk imej yang solid. Ia turut dilengkapi pintu but belakang pintar yang boleh dibuka secara automatik apabila kunci kenderaan berada berdekatan.

Bahagian dalamannya direka kemas dengan peralatan berkualiti tinggi dan teknologi terkini. Papan pemuka direka lebar yang dilengkapi dua tempat barangan iaitu di bahagian atas dan bawah. Bahagian ini juga direka ala dalaman kapal terbang kelas pertama melalui kerusi individu dibalut kulit dengan penyaman udara automatik tiga zon bagi menjamin keselesaan penumpang.

Grand Carnival baharu turut dilengkapi sistem multimedia seperti pemain CD MP3 dengan enam pembesar suara serta sambungan USB dan AUX. Ia turut mempunyai skrin sentuh TFT 4.3 inci berwarna yang disambungkan dengan kamera undur. Sterengnya pula daripada jenis tilting dan teleskopik yang turut mempunyai butang kawalan jelajah (cruise control).

Kerusi penumpang pula mempunyai konfigurasi fleksibel di mana kerusi bahagian ketiga boleh dilipat sepenuhnya untuk lebih simpanan barang manakala kerusi bahagian kedua pula mempunyai tempat duduk tambahan di tengah yang boleh dilipat untuk laluan ke barisan ketiga. Dipasangkan di bawah perehat lengan depan ialah tempat simpanan yang boleh memuatkan beg tangan, diari atau tablet.

Kia Grand Carnival

Kia Grand Carnival dikuasakan oleh enjin 2.2 liter CRDi turbo diesel yang direka khusus untuk kecekapan bahan api serta prestasi. Output kuasa ialah 190 hp dengan tork 440 Nm. Dipadankan dengan enjin tersebut ialah transmisi enam kelajuan. Bahagian suspensi depan menggunakan sistem MacPherson dan bahagian belakang menggunakan suspensi multi-link.

Untuk sistem keselamatan pula, MPV itu dilengkapi Kawalan Penstabilan Elektronik, Hill Start Assist System dan enam beg udara.

Harga Kia Grand Carnival ialah RM185,888 (EX), RM165,888 (KX) dan RM153,888 (D).

Video luaran dan dalaman Kia Grand Carnival:

Video Pelancaran Kia Grand Carnival

Video majlis pelancaran Kia Grand Carnival.Silakan like/double tap.gt//tvGearTinggi TV.#kiamalaysia #kiagrandcarnival #geartinggi #geartinggitv #gttv

Posted by GearTinggi.com on 25hb Mac 2017

Kia Grand Carnival – gt//tv (GearTinggi TV)

Galeri gambar Kia Grand Carnival:

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.